[VIDEO] Bekas buruan Man United terlibat pergaduhan di AFCON


  • Podium
  • Selasa, 23 Jan 2024

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan kedua-dua pasukan dilihat saling menolak antara satu sama lain. — Agensi

PIALA Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 dicemari dengan pergaduhan antara pasukan DR Congo dan Maghribi.

Dalam aksi tersebut, kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 dalam saingan Kumpulan F.

Bagaimanapun, selepas pengadil perlawanan meniup wisel tamat permainan, satu insiden yang tidak diingini berlaku antara bintang DR Congo, Chancel Mbemba dan pemain Maghribi, Youssef En Nesyri yang pernah diburu Manchester United.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil 'bitter' dengan pemain, layang kad kuning lepas tak salam tangan

Congo

Sebahagian aksi kedua-dua pemain tersebut sebelum terlibat dengan pergaduhan. — Agensi

BACA LAGI: VIDEO] Selepas produk akademi Man United, kini 'protege' Kevin De Bruyne pula ada hubungan dengan Malaysia

Menerusi satu hantaran video di laman X, kelihatan bintang Maghribi, En Nesyri dengan marah berlari ke arah Mbemba sehingga ke bilik persalinan.

Melihat perkara tersebut semakin serius, rakan-rakan kedua-dua pasukan itu mula berlari menuju ke bilik persalinan untuk mengawal keadaan tersebut.

Meskipun begitu, tidak diketahui pengakhiran pergaduhan kedua-dua pemain tersebut.

Malah punca pergaduhan juga tidak dapat dipastikan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram