Man United mahu 'hadiahkan' ten Hag 2 penyerang Belanda


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Ten Hag memerlukan seorang penyerang berkualiti untuk mencatatkan lebih banyak gol dalam setiap perlawanan. — Agensi

MESKIPUN sudah melakukan perbelanjaan besar pada jendela perpindahan musim panas lalu, Manchester United masih belum mendapatkan rentak terbaik dari segi serangan.

Kehadiran penyerang muda, Rasmus Hojlund yang hadir dengan yuran perpindahan RM383 juta (£64 juta) gagal memberikan impak kerana hanya menjaringkan dua gol Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Jadi, dalam usaha menajamkan lagi jentera serangan pasukan, Manchester United dilaporkan bersedia untuk membuat satu lagi pelaburan besar-besaran dalam masa terdekat.

Berdasarkan khabar angin, skuad The Red Devils difahamkan berminat dalam mendapatkan dua penyerang kelahiran Belanda, Brian Brobbey dari Ajax serta Joshua Zirkzee dari Bologna.

Brobbey dikatakan sebagai calon utama apabila dia pernah menerima bimbingan Erik ten Hag ketika kedua-dua mereka masih mencipta nama di Belanda.

BACA LAGI: Gara-gara ayam mentah, Man United hilang status 5 bintang

i

Zirkzee dan Brobbey dilaporkan berada dalam radar Manchester United ketika ini. — Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] Pep Guardiola terkejut 'budak milo' Manchester City jaring gol debut dalam perlawanan UCL

Laporan sebelum ini turut mengatakan Manchester United berminat untuk mendapatkannya pada jendela perpindahan musim panas lalu sebelum membuat keputusan mendapatkan Hojlund.

Namun, hubungan antara ten Hag dan Brobbey dikatakan semakin kukuh kembali selepas terdapat usaha daripada pengurus The Red Devils itu untuk menghubunginya.

Bagi Zirkzee pula, penyerang skuad muda Belanda itu dilaporkan menjadi sasaran beberapa pasukan sekitar Eropah dengan lapan gol dan empat bantuan jaringannya membantu Bologna berada di kedudukan ketujuh Serie A.

Tetapi, usaha ten Hag dan Manchester United terbabit boleh dianggap tidak terlalu mudah kerana Zirkzee dan Brobbey tidak mahu dilepaskan dengan terlalu mudah.

Situasi tersebut bakal menyaksikan yuran perpindahan tinggi sekali lagi perlu dibayar kelab EPL itu yang baru sahaja melakukan pelaburan besar-besaran sebelum ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram