Bukan semua pemain naturalisasi dibenci seperti Liridon, ada juga disayang termasuk Sumareh


  • Podium
  • Khamis, 25 Jan 2024

Sumareh (kanan) dan Liridon (tengah) mempunyai reputasi sedikit berbeza ketika di zaman kemuncak masing-masing. — Facebook/FAM

PERSEMBAHAN mengecewakan daripada skuad kebangsaan dalam dua aksi pertama Piala Asia 2023 sememangnya sukar dilupakan peminat bola sepak tanah air.

Kegagalan mereka untuk meraih sekurang-kurangnya satu gol merupakan perkara pertama yang menjadi bahan bualan memandangkan jentera serangan Harimau Malaya cukup digeruni sebelum ini.

Bagaimanapun, isu terbesar dibincangkan di media sosial ketika ini adalah mengenai kehadiran pemain naturalisasi dan warisan yang dikatakan tidak memberikan 100 peratus setiap kali diturunkan.

Penyerang baharu skuad kebangsaan, Romel Morales serta Natxo Insa merupakan dua nama yang menjadi sasaran hebat selepas masing-masing mempamerkan aksi ala-kadar.

Isu tersebut diburukkan lagi apabila seorang lagi pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi menyindir sebahagian penyokong sebagai jurulatih kerana terlalu kerap mengeluarkan pandangan di media sosial.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Dia pun manusia biasa’, Safawi Rasid optimis Harimau Malaya mampu sekat bintang EPL

A2FDA26E-87AB-4C94-B512-EFDBB1ECE4CB

Liridon mencetuskan keregangan antaranya dengan penyokong. Facebook/FAM

Situasi berkenaan pastinya akan memberi impak terhadap hubungan orang ramai dengan pemain daripada kategori terbabit sehingga dikhuatiri ia akan menjejaskan keharmonian penyokong.

Meskipun isu tersebut bukanlah sesuatu yang baharu, ia perlu dielakkan kerana kesefahaman antara satu sama lain cukup penting jika sesebuah pasukan mahu meraih kejayaan.

Namun, masih terdapat beberapa pemain naturalisasi yang meraih hubungan cukup baik dengan penyokong kebangsaan atas kesanggupan mereka beraksi sehabis baik sekiranya diberikan peluang.

Walaupun masing-masing jarang memberi impak terbaik, kesungguhan yang ditonjolkan sepanjang berada di atas padang menyebabkan mereka cukup disayangi orang ramai.

Berdasarkan rekod lalu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain naturalisasi yang pernah meraih hormat daripada penyokong Harimau Malaya atas beberapa faktor.

1. Mohamadou Sumareh

Sebelum menjadi bahan gelakan peminat bola sepak tanah air, Sumareh pernah diangkat sebagai salah seorang penyerang sayap terbaik ketika masih bersama Pahang FA.

Kebolehannya itu turut dipamerkan bersama skuad kebangsaan ketika dia diberikan status naturalisasi dengan Harimau Malaya ketika itu berada di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

BACA LAGI: Liridon cabar fans Harimau Malaya ‘acah-acah’ Mourinho, Guardiola

46517448_1920538264709595_4829571607729012736_o

Sumareh (kiri) pernah mencuri hati penyokong sebelum ini. Facebook/FAM

Gandingannya bersama Norshahrul Idlan Talaha dan Safawi Rasid menyaksikan pasukan kebangsaan beraksi cukup baik dalam Piala AFF 2018, sekali gus menaikkan lagi nama dan reputasinya.

Bagaimanapun, selepas beberapa tahun beraksi buat Harimau Malaya, pemain sayap kelahiran Gambia berkenaan kemudiannya 'hilang dari radar' setelah menyertai JDT.

Kini, 'Keli Boy' masih diberikan peluang bersama skuad kendalian Pan-gon, namun dua penampilannya dari bangku simpanan boleh dikatakan kurang memberi impak positif.

2. Paulo Josue

Pelbagai persoalan pada awalnya diberikan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memilih untuk memberikan kewarganegaraan buat pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue.

Usianya yang sudah mencecah 34 tahun menyebabkan orang ramai sangsi dengan kebolehannya menyesuaikan diri dalam gaya permainan pantas diterapkan Pan-gon.

2142790

Paulo memainkan peranan penting sejak menerima status naturalisasi. Facebook/FAM

Namun, selepas beberapa kali diturunkan, kapten skuad Warga Kota tersebut pantas memadam persoalan mengenainya sehingga ada yang mengangkatnya sebagai antara pemain naturalisasi terbaik.

Kesanggupannya untuk beraksi di beberapa posisi, termasuk penyerang mahupun pemain tengah membuatkan penyokong bersetuju sekiranya Paulo memainkan peranan penting.

Meskipun masih belum memberikan aksi terbaik dalam saingan Piala Asia kali ini, ia dijangka tidak akan menjejaskan peluangnya bersama Harimau Malaya pada masa akan datang.

3. Sergio Aguero

Keputusan Pan-gon untuk tidak memanggil Sergio Aguero untuk kempen Piala Asia 2023 menimbulkan pertikaian kerana orang ramai berasakan pemain terbabit mempunyai kebolehan cukup penting.

Selain mampu beraksi seperti Paulo dalam beberapa posisi, kesanggupan pemain kelahiran Argentina itu untuk beraksi sebaik mungkin setiap kali diberikan peluang menjadikannya cukup digemari penyokong.

2259349

Sergio Aguero mempunyai reputasi sendiri dalam kalangan penyokong Harimau Malaya. Facebook/FAM

Ini termasuk ketika kempen Piala AFF 2022 ketika kapten Sri Pahang FC tersebut membantu Harimau Malaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir.

Tidak cukup dengan itu, Aguero juga cukup disenangi orang ramai kerana dia beberapa kali kelihatan cuba menyesuaikan diri dengan budaya negara, termasuk mempelajari Bahasa Melayu.

Di samping itu, pemain berusia 29 tahun terbabit juga sering mengelakkan diri daripada sebarang kontroversi dengan perkara itu cukup penting untuk mengangkat nilai kepimpinannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram