[VIDEO] KPG tetap mahu beri saingan terhebat walaupun lawan negara sendiri


  • Podium
  • Rabu, 24 Jan 2024

Kim Pan-gon mahukan Malaysia membolosi pintu gol Korea Selatan. — Facebook/FAM

WALAUPUN peluang boleh dikatakan sudah hampir sepenuhnya tertutup, tetapi Malaysia masih lagi mahu mencipta sesuatu positif dalam aksi terakhir Piala Asia 2023.

Skuad Harimau Malaya akan turun menentang Korea Selatan pada Khamis dengan misi untuk cuba mendapatkan sesuatu yang positif setelah kempen berjalan dengan nada suram.

Dua kekalahan awal kepada Jordan dan Bahrain telah menutup peluang skuad kendalian Kim Pan-gon untuk mara ke pusingan kalah mati tetapi peluang untuk mencari gol pertama Malaysia di Qatar masih berjalan.

Walaupun bakal berdepan salah sebuah calon pilihan juara kejohanan ini, ia tidak menghalang Pan-gon untuk berasa optimis mengenai peluang Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] Saya pernah berada dalam situasi itu — Mat Yo

421688396_1084009536005615_3152256476113250144_n

Kim Pan-gon (tengah) bersama-sama Dion Cools (kanan) bercakap kepada media sebelum aksi menentang Korea Selatan. — Facebook/FAM

BACA LAGI: ‘Bagi dia banyak minit’, Selangor diminta gilap bakat lepas lanjut kontrak ubi muda

Pada hemat pengendali tersebut, sekecil mana potensinya, Malaysia masih lagi ada peluang untuk memperoleh kemenangan seperti dalam video yang dikongsikan oleh pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam di X (Twitter).

"Pada saya, saya tidak kisah jika kita berjaya jaringkan satu atau dua gol. Siapa tahu?

"Kenapa anda tak boleh nak jangkakan yang kami mampu menang pada Khamis?," soal Pan-gon ketika sidang media pra-perlawanan menentang Korea Selatan.

Dalam masa yang sama, Pan-gon turut memberikan isyarat yang dia tidak akan sesekali memberi jalan mudah walaupun kepada negarannya sendiri.

Dari situ, kita dapat saksikan yang Harimau Malaya masih lagi mahu mencalar ego Korea Selatan sekali gus menyukarkan kemaraan mereka ke pusingan kalah mati.

Korea Selatan yang dikendalikan oleh bekas pengendali Jerman, Jurgen Klinsmann akan dikuatkan dengan kembalinya penyerang berbisa iaitu Hwang Hee-chan selepas sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan.

Walaupun akan turun tanpa penjaga gol utama iaitu Kim Seung-gyu yang mengalami kecederaan, tetapi Korea Selatan masih lagi ampuh dan pastinya sukar untuk ditundukkan.

Sejak bertahun-tahun dari zaman kegemilangan bola sepak negara, Malaysia sudah beberapa kali muncul di pentas penting lalu menewaskan Korea Selatan seperti ketika kelayakan Sukan Olimpik 1980 dan Sukan Asia 2018.

Kita pernah lakukannya, dan boleh untuk lakukannya sekali lagi. Ayuh Harimau Malaya! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram