'Main sampai patah kaki,' fans Malaysia tumpang sekaki sokong Samuel Eto balun isu pemain naturalisasi


  • Podium
  • Isnin, 22 Jan 2024

Romel Morales (dua dari kanan) antara pemain naturalisasi yang beraksi untuk skuad kebangsaan namun belum berjaya memikat hati peminat. — Facebook/FAM

ISU pemain naturalisasi menjadi bualan hangat penyokong tanah air selepas menampilkan aksi kurang cemerlang ketika beraksi bersama Harimau Malaya.

Kekalahan dua kali dalam Kumpulan E nyata memberi impak negatif kepada peminat yang dahaga akan kemenangan di Pentas Asia itu.

Bukan sahaja penyokong bola sepak yang memberi pendapat mengenai perkara tersebut malah Presiden Persatuan Bola Sepak Cameroon (Fecafoot), Samuel Eto'o turut menyuarakan pendapatnya di Facebook selepas tewas di tangan Senegal.

BACA LAGI: Penang antara kelab Liga Super minat sambar tonggak The Cops

WhatsApp Image 2024-01-22 at 22.08.30

Endrick Dos Santos antara pemain naturalisasi yang beraksi untuk Harimau Malaya. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Tugas belum selesai, Syamer Kutty gesa rakan sepasukan lupakan episod duka

"Saudara-saudara yang dikasihi, saya faham anda. Ramai daripada anda tidak dilahirkan di Cameroon dan tidak pernah bermain untuk kelab di Cameroon.

"Nasihat jurulatih Cameroon memberi manfaat kepada pemain bola sepak dari awal kariernya hingga akhir. Anda yang dilahirkan di sana mempunyai terlalu banyak hak ke atas pemimpin. Cameroon mengajar saya bahawa saya adalah seorang askar dalam pasukan kebangsaan. Saya akan mati dengan semangat ini.

"Cameroon baru sahaja melalui penghinaan hanya kerana cinta untuk tanah air tidak 100 peratus di sana. Maafkan saya kerana bercakap tentang diri saya. Saya boleh bermain dua perlawanan pada hari yang sama untuk cintakan negara kita yang indah.

"Saya melakukannya, Roger Milla melakukannya dan François Omam Biyick melakukannya. Adakah anda percaya bahawa Cameroon membayar kami lebih daripada kelab kami? Tidak sampai 1/10 daripada apa yang kami terima di tempat lain.

"Anda bermain dengan terlalu banyak simpanan, apa yang anda takut? Mati untuk tanah air mengatasi semua wang di muka bumi ini. Manga Onguené mematahkan kakinya untuk negara ini, dia lebih baik daripada saya pada masa itu. Dia terus menghormati negaranya walaupun segala-galanya.

"Apa yang saya ingat daripada awak. Kami telah membuat kesilapan membawa anda bermain untuk bendera. Tetapi selepas AFCON, keadaan akan berubah. Kami akan melakukan ujian patriotisme sebelum pemain muda Cameroon bermain dalam pasukan Kebangsaan. Kesinambungan yang baik dalam pertandingan!," tulisnya di Facebook.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Presiden Cameroon itu.

"Sokong, naturalisasi sini sana macam orang kita sendiri tidak pandai main bola," kata Falhanf Rubin.

"Padu kata-kata Presiden Cameroon ni, nampaknya memang pemain local sesuai bermain untuk negara," kata Naufal Anas.

"Ada player naturalisasi pun macam tak wujud, ramai lagi player local yang berkualiti," kata Ahmad Zuhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram