Haziq, Adam belum pasti 'kemas beg' ke Perak FC


  • Podium
  • Isnin, 22 Jan 2024

Sebahagian momen penyokong Perak FC yang turut hadir pada perlawanan akhir Piala XOX. — Facebook/Perakfc

PADA Isnin, kem Perak FC menerima khabar gembira apabila difahamkan bakal menerima dua pemain Johor Darul Takzim (JDT) secara pinjaman.

Perkara itu dianggap benar selepas Pengerusi kelab Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi mengesahkan tawaran Harimau Selatan berhubung dua pemain yang mahu dipinjamkan iaitu Haziq Nazli dan Adam Nor Azlin masih dalam pertimbangan.

Walaupun tawaran itu hadir daripada Harimau Selatan, ia tidak bermakna The Bos Gaurus (TBG) sekadar bersetuju sahaja malah pertimbangan akan dibuat mengikut keperluan skuad kendalian Yusri Che Lah.

BACA LAGI: Penang antara kelab Liga Super minat sambar tonggak The Cops

WhatsApp Image 2024-01-22 at 23.12.48

Para penyokong Perak FC yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada The Bos Gaurus (TBG). — Facebook/Perakfc

BACA LAGI: 'Main sampai patah kaki,' fans Malaysia tumpang sekaki sokong Samuel Eto balun isu pemain naturalisasi

Sebelum ini, skuad Seladang merekrut bekas penjaga gol PDRM FC, Ramadhan Hamid, berbanding kelibat Haziq tetapi tidak menutup pintu buat Adam.

Azim berkata, pihaknya perlu meneliti semula kelemahan yang dialami oleh kelab tersebut dan tidak mahu terburu-buru mengambil keputusan mendapatkan pemain.

"Kami perlu tengok keperluan pasukan kalau pemain itu seseorang yang kami perlukan seperti penjaga dan di bahagian serangan.

"Bagi pihak Perak FC, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada JDT kerana menawarkan pemain pinjaman kepada kami," katanya.

Untuk lebih realistik, Azim mendedahkan sasaran Perak pada musim 2024 ialah sekurang-kurangnya berakhir di kedudukan ketujuh atau kelapan di penghujung musim nanti.

Namun, faktor itu tidak cukup untuk menarik lebih banyak penaja ke dalam kelab jadi giliran sentuhan Yusri untuk terus mencipta magis.

"Setakat ini tidak memberangsangkan. Mungkin sebab kami asyik kalah.

"Dalam masa sama, kami juga ada memohon bantuan daripada agensi dan syarikat negeri Perak," katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram