[VIDEO] Pengadil 'bitter' dengan pemain, layang kad kuning lepas tak salam tangan


  • Podium
  • Isnin, 22 Jan 2024

Tangkap layar Murat enggan bersalaman dengannya pada penghujung babak kecederaan.

KERJAYA seorang pengadil bola sepak perlu sentiasa terbuka untuk menerima kritikan daripada penyokong kerana setiap gerak kerja mereka akan diperhatikan oleh para peminat yang sentiasa menginginkan keputusan adil.

Oleh itu, jika seorang pengadil membuat keputusan luar kawalan yang seolah-olah bertindak mengikut perasaan perlu bersedia untuk menerima kritikan keras daripada penyokong pasukan bola sepak.

Seperti insiden yang berlaku dalam saingan divisyen kedua Turki apabila pemain Sakaryaspor, Murat Cem Akpınar dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil dalam perlawanan antara menentang Genclerbirligi Ankara pada Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil 'hijab tertutup', tak nampak muka pemain China luka lepas kena sepakan kung fu bek Lubnan

BACA LAGI: Bukan kali pertama, bakal pengadil HM-Jordan pernah beri kenangan pahit buat fans JDT

Menerusi video tular di laman X menyaksikan pengadil perlawanan yang bertugas melayangkan kad kuning kedua kepada Murat gara-gara pemain tengah Sakaryaspor itu enggan bersalaman dengannya pada penghujung babak kecederaan.

Usai perlawanan, ramai penyokong bola sepak global mengkritik tindakan pengadil tersebut yang disifatkan kurang rasional dan membuat keputusan membuta tuli kepada bekas pemain kebangsaan Azerbaijan itu.

Jika dilihat statistik perlawanan, seramai lima pemain Sakaryaspor menerima hukuman daripada pengadil dan dua daripada mereka dilayangkan kad merah termasuk Murat.

Perlawanan berkenaan berakhir dengan keputusan 3-1 memihak kepada pasukan tuan rumah, Genclerbirligi Ankara dengan jaringan dicetak oleh Aias Aosman, Yasin Güreler dan Mustapha Yatabare. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram