PDRM FC dikhabar bakal kehilangan tonggak utama pasukan tersebut menjelang kempen Liga Super musim ini.
Difahamkan, pemain tengah The Cops, Dzulfahmi Abdul Hadi menarik perhatian dua kelab Liga Super ketika ini.
Perkara itu dikongsikan oleh pemerhati sukan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi yang mengatakan bahawa tonggak tengah PDRM kini berada dalam radar dua kelab Liga Super.
"Pemain tengah, Dzulfahmi Abdul Hadi difahamkan berada dalam radar dua pasukan Liga Super.
"Sepanjang musim 2023, Dzulfahmi telah beraksi dalam 22 perlawanan bersama PDRM FC selain bantu 'The Cops' menjuarai MFL Challenge Cup," ciapnya di Twitter.
BACA LAGI: Tugas belum selesai, Syamer Kutty gesa rakan sepasukan lupakan episod duka
Dzulfahmi dikhabar menarik minat dua kelab Liga Super ketika ini.
BACA LAGI: 'Hentikan sumpahan!', legenda Selangor mahu Gergasi Merah ikat kapten Thailand
Meskipun belum ada pengumuman daripada Dzulfahmi, namun dua kelab yang dimaksudkan itu adalah Penang FC dan Negeri Sembilan FC.
Sudah pastinya kemasukan pemain kelahiran Kelantan itu dilihat mampu memperkuatkan jentera serangan dan barisan pertahanan kedua-dua kelab tersebut.
Ia berikutan selepas skuad The Cops itu muncul juara Piala Cabaran MFL 2023 selepas meraih kemenangan secara agregat 4-1 ke atas Kuching City FC.
Untuk rekod, Dzulfahmi sudah mencetak tiga jaringan dan muncul sebanyak 26 perlawanan dalam saingan Liga Malaysia musim 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram