PEMAIN tengah skuad kebangsaaan, Syamer Kutty Abba mahu rakan sepasukan melupakan kekalahan 0-1 berdepan Bahrain dalam perlawanan kedua Kumpulan E Piala Asia secepat mungkin dan fokus kepada cabaran terbesar mereka menentang Korea Selatan.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hammad, Qatar itu, pemain sayap Bahrain, Ali Madan mematahkan tentangan Harimau Malaya dengan rembatan jarak jauh pada masa kecederaan minit ke-96 yang berjaya melepasi tiga pemain Malaysia dan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi.
Syamer, yang bermain untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Super, kagum dengan persembahan yang ditampilkan olehnya walaupun dikeluarkan pada separuh masa kedua.
BACA LAGI: 'Tewas tapi kita perlu berbangga dengan pencapaian Harimau Malaya sampai tahap ini'
Syamer Kutty (jersi nombor 14) gesa agar skuad Harimau Malaya fokus terhadap perlawanan sukar berdepan Korea Selatan. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Antara pemain konsisten, tonggak Sabah FC perlu kekal bersama Harimau Malaya
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mahu mengambil risiko sekiranya pemain tengah JDT itu dibuang padang kerana Syamer sudah pun menerima kad kuning pada separuh masa pertama.
Syamer berkata, pasukan itu pastinya kecewa namun berjanji untuk bangkit semula.
“Kami sedih, tetapi kami hanya boleh bersedih selama sehari kerana kita ada satu lagi persiapan. Kami mempunyai beberapa lagi latihan untuk bangkit semula, walaupun kami tahu lawan seterusnya adalah yang paling sukar.
“Ia satu penghormatan untuk menyarung jersi kebangsaan dan apabila diberi peluang untuk bermain, kami tidak memberikan apa-apa selain yang terbaik.
“Saya tidak berpuas hati dengan permainan saya. Saya boleh bermain lebih baik. Terdapat banyak keputusan yang boleh saya buat dengan lebih baik dan saya juga melakukan beberapa kesilapan bodoh," kata Syamer, 26, yang berasal dari Pulau Pinang.
Syamer berkata, ia mengecewakan untuk melepaskan gol lewat tetapi menggesa rakan sepasukannya untuk bangkit bukan sahaja untuk peminat, tetapi untuk diri mereka sendiri.
“Kami bertarung selama 90 minit tetapi satu minit itu menunjukkan apa-apa boleh berlaku di atas padang. Malangnya kami tewas.
“Tetapi, saya berbangga dengan semua orang kerana kami memberikan segala yang kami ada di atas padang. Inilah hasilnya dan kita perlu menerimanya.
“Kami mahukan satu mata daripada kejohanan ini. Bukan sahaja peminat kecewa, tetapi pemain juga, bayangkan apa yang kami lalui sekarang.
“Namun, ini adalah tugas kami. Untuk bermain di pentas ini sudah menjadi penguat semangat, jadi kami berharap untuk melakukan lebih baik menentang Korea Selatan.
“Saya menghargai peminat yang hadir di stadium. Mereka mengeluarkan banyak wang dan meninggalkan keluarga mereka, jadi saya ingin berterima kasih kepada mereka kerana datang ke Doha," katanya. — The Star/T.AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram