KEJAYAAN negara jiran, Thailand mengikat Oman seri tanpa jaringan dalam aksi kedua Kumpulan F Piala Asia 2023 memberi sinar bahawa Asia Tenggara juga mempunyai bakat terbaik dalam arena bola sepak dunia.
Salah satu nama yang menyerlah dalam perlawanan itu adalah Theerathon Bunmathan yang meraih 100 kaps antarabangsa bersama Thailand.
Theerathon yang juga merupakan kapten pasukan Thailand itu berjaya mengetuai negaranya dalam kemenangan 2-0 ke atas Kyrgystan.
Legenda bola sepak negara, Asmawi Bakiri menyatakan minatnya yang mendalam terhadap kapten Thailand itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Ikuti perkembangan penyerang muda, coach Australia gembira keputusan Luqman Hakim ke Jepun
Theerathon (jersi nombor 3) beraksi cemerlang mengetuai Thailand dalam saingan Piala Asia 2023. — Agensi
BACA LAGI: Sri Pahang dipuji bijak kekalkan bek JDT, buka mata KPG pilih pemain
Asmawi yang juga bekas pemain Selangor membayangkan bahawa Theerathon mampu menjadi jawapan kepada masalah pertahanan kiri yang dibelenggu Gergasi Merah sejak sekian lama.
"Pemain berkaki kiri ini sangat bijak, ramai pemain terbaik dunia mempunyai kebolehan kaki kiri.
"Jika Selangor berpeluang untuk dapatkan Theerathon, itu jawapan terbaik kepada masalah pertahanan kiri, bonus buat mereka juga apabila kapten Thailand itu mampu bermain di pelbagai posisi.
"Seperti semua peminat tahu, posisi itu (pertahanan kiri) ibarat sumpahan dalam pasukan Selangor kerana setiap musim asyik tidak jadi.
"Mungkin sumpahan itu dapat dihentikan dengan kehadiran 'superstar' seperti Theerathon," katanya.
Selepas ini, Thailand akan berdepan Arab Saudi dalam misi melayakkan diri ke pusingan kalah mati di mana mereka hanya memerlukan satu mata sahaja untuk mara. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram