Dua import 'Polis' antara calon terbaik Tok Gajah capai sasaran Top 3 Liga Super


  • Podium
  • Isnin, 22 Jan 2024

Sri Pahang berpotensi bersaing dengan lebih baik sekiranya rombakan secara besar-besaran dibuat pihak pengurusan. — Facebook/Sri Pahang FC

HARAPAN Sri Pahang FC mempamerkan peningkatan musim lalu berjaya selepas mereka berada di tangga kelima berbanding kedudukan ketujuh pada 2022.

Bagaimanapun, penyokong pastinya kurang berpuas hati dengan pencapaian berkenaan kerana pasukan Pantai Timur itu menghabiskan majoriti daripada musim dalam kelompok tiga pasukan teratas.

Prestasi tidak menentu berpunca daripada isu kecederaan melanda membuatkan skuad Tok Gajah tergelincir ke tangga kelima selepas 26 perlawanan.

Kedudukan akhir tersebut juga pastinya kurang disenangi pengendali, Fandi Ahmad yang mengakui kedudukan lebih baik sepatutnya diduduki Sri Pahang FC.

Namun, jurulatih dari Singapura terbabit mengakui bahawa isu kecederaan merupakan penghalang buat mereka untuk meraih keputusan lebih konsisten pada minggu-minggu terakhir saingan Liga Super.

BACA LAGI: Bukan JDT atau PDRM tapi Sri Pahang team paling menyakitkan hati lawan

2444701

Fandi pastinya mahu pasukannya memiliki skuad lebih baik untuk musim depan. Facebook/Sri Pahang FC

Jadi, dalam misinya untuk meraih pencapaian lebih berharga, Fandi baru-baru ini mengatakan kelab itu sedang dalam usaha mencari import baharu untuk saingan 2024/25.

Menurutnya, pemain di kesemua posisi menjadi perkara yang akan ditekankan skuad Tok Gajah sepanjang jendela perpindahan kali ini.

Walaupun tidak mendedahkan import yang sedang diperhatikan pasukan, terdapat kemungkinan pasukan itu akan mencari seseorang dari rantau Asia Tenggara.

Berdasarkan kebolehan dan struktur kewangan skuad Tok Gajah, berikut merupakan tiga pemain yang mungkin berada dalam senarai pendek kelab untuk dibawa masuk.

1. Richairo Zivkovic (Lion City Sailors)

Melihat kepada senarai pemain dilepaskan Sri Pahang FC penghujung musim lalu, pihak pengurusan masih memilih untuk mengekalkan dua penyerang import, Rafael Silva dan Kpah Sherman.

Keputusan untuk mengikat khidmat kedua-dua mereka untuk sekurang-kurangnya semusim lagi seakan-akan tidak disenangi penyokong Tok Gajah.

Usia Kpah yang sudah semakin berumur sementara kesukaran Silva menyesuaikan diri membuatkan orang ramai mendesak supanya adanya perubahan terhadap jentera serangan pasukan.

BACA LAGI: Tonggak HM puas raih gol sulung aksi musim 2023 bersama Sri Pahang

Richi-pointing-at-crest-scaled

Zivkovic mempunyai reputasi cukup baik dalam Liga Perdana Singapura. Agensi

Jadi, sekiranya dua penyerang itu tidak dikekalkan, Sri Pahang FC boleh mencari seorang peledak import baharu dengan tonggak Lion City Sailors, Richairo Zivkovic merupakan pengganti terbaik.

Pemain yang mencatatkan tujuh gol dan enam bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana Singapura itu merupakan watak penting buat pasukan tersebut dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Berdasarkan laman sesawang transfermarkt, penyerang kebangsaan Curacao itu dinilai sehingga RM3.5 juta yang sekali gus memberi peluang buat Sri Pahang FC membuat tawaran.

Namun, impian untuk mendapatkan Zivkovic pastinya tidak mudah kerana khabar angin mengatakan beberapa kelab sekitar Asia Tenggara turut berminat dengannya.

2. Isaac Honny (Police Tero FC)

Berdasarkan skuad semasa Tok Gajah, mereka masih memerlukan seorang bek tengah baharu selepas import dari Australia, Michael Glassock tidak akan lagi bersama pasukan itu.

Meskipun memiliki pemain pertahanan berpengalaman seperti Fadhli Shas, kehadiran seorang import kental di posisi berkenaan masih diperlukan Sri Pahang FC.

Jadi, salah satu calon terbaik untuk disambar pasukan Pantai Timur itu ialah pemain Police Tero FC di Thailand, Isaac Honny yang mempunyai reputasi cemerlang.

We+fall+to+rise+++#neversaynever#Woy3kwa+++#staymotivated#stayfocused#staypositive

Kualiti dimiliki Honny menaikkan namanya sebagai antara import terbaik di Thailand. Instagram

Musim ini, pertahanan kelahiran Ghana itu diturunkan dalam kesemua 15 aksi Liga Thai dengan dua gol dan satu bantuan jaringan berjaya direkodkannya.

Bagaimanapun, menurut penilaian transfermarkt, bek tengah berusia 29 tahun itu hanya diletakkan tanda harga RM1.7 juta yang pastinya berpatutan melihat kepada struktur kewangan Sri Pahang.

Kedudukan pasukannya yang kini berada di kedudukan kelapan Liga Thai juga memberi satu manfaat buat usaha skuad Tok Gajah kerana pemain itu pastinya mahu mencari angin baharu dalam kariernya.

3. Mario Arques (PDRM FC)

Selepas berdepan isu pengurusan bersama Kelantan FC, Mario Arques memilih untuk menyertai skuad Sang Saka Biru pada jendela perpindahan kedua musim lalu.

Kebolehannya untuk melakukan hantaran jauh serta memberi asakan terhadap lawan menaikkan lagi nilai pemain import Sepanyol itu yang cemerlang bersama PDRM FC.

Kehadirannya juga boleh dianggap satu 'azimat bertuah' buat pasukan Lembah Klang itu yang menjulang trofi pertama dalam sejarah kelab apabila memenangi MFL Challenge Cup.

Finals+mood++Ayuhhh+@officialpdrmfc+

Masa depan Arques bersama skuad Sang Saka Biru masih belum diputuskan. Instagram

Jadi, sekiranya Sri Pahang FC mahu mendapatkan seorang import di bahagian tengah, Arques merupakan pilihan terbaik kerana masa depannya bersama PDRM FC masih belum terjawab.

Kehilangan Sherzod Fayziev dan Kevin Ingerso pastinya mendesak skuad Tok Gajah membawa seorang pemain tengah baharu sepanjang jendela perpindahan kali ini.

Selain itu, prestasi tidak menentu daripada tonggak pasukan, Nor Azam Azih sebagai jeneral Sri Pahang FC juga membuatkan seorang import di posisi berkenaan menjadi fokus utama mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram