Sang Kenari mungkin 'no more import', lain pula ceritanya dengan Penang


  • Podium
  • Khamis, 18 Jan 2024

Syafiq Ahmad dikhabarkan akan menyertai Kedah secara pinjaman daripada JDT.

BEKAS pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sah tidak akan meneruskan khidmatnya bersama Sang Kenari apabila memilih untuk kembali ke Uzbekistan bagi mewakili FC Neftchi Fergana baru-baru ini.

Kemasukan Bojan Ciger itu diharap dapat membantu FC Neftchi Fergana memperkukuhkan benteng pertahanan mereka selepas dia beraksi cemerlang bersama Kedah musim lalu.

Musim lalu, FC Neftchi Fergana berada di tangga ke-5 Liga Super Uzbekistan.

Selepas pelbagai isu masalah dalaman yang berlaku kepada pihak pengurusan Kedah, Bojan Ciger akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan khidmatnya bersama Sang Kenari dan memilih kembali ke Uzbekistan.

Apakah nasib pemain import lain seperti Manuel Hidalgo yang cemerlang bersama Sang Kenari apabila tiada khabar berita mengenai 'playmaker' Kedah itu.

Khabar angin kuat mengatakan Hidalgo akan menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC selepas dia merekodkan 'assist' tertinggi dalam Liga Super musim lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Gugurkan Morales, masukkan Badak antara 4 perubahan yang boleh dibuat Pan-gon ketika jumpa Bahrain

Sehingga kini masih menjadi persoalan adakah Kedah akan mengurangkan kuota pemain import selepas pihak pengurusan mengalami masalah kewangan pada musim lalu.

Dengan menggunakan tenaga tempatan, penyerang JDT, Syafiq Ahmad menjadi antara pemain yang dikhabarkan akan pulang ke Kedah secara pinjaman.

Mengikuti jejak langkah Petaling Jaya City FC (PJ City) tidak menggunakan pemain import antara jalan terbaik Kedah untuk membuat penstrukturan semula bajet kewangan pasukan.

Antara pemain tempatan berkualiti yang boleh diburu oleh Kedah adalah Nur Shamie Iszuan, Che Rashid Che Halim, Hakimi Mat Isa dan beberapa pemain lain yang sudah menjadi ejen bebas.

BACA LAGI: [VIDEO] Minta tamat kontrak Tok Gajah lebih awal, 3 kelab sesuai 'lipas kudung Sarawak' pikat Kim Pan-gon

Namun tiada khabar berita mengenai Hidalgo pastinya menimbulkan tanda tanya kepada penyokong Sang Kenari apabila dia merupakan arkitek utama Kedah.

Spekulasi paling hangat sedang bermain tentang Hidalgo adalah pemain itu didakwa sudah menandatangani kontrak bersama JDT dan akan dipinjamkan semula ke Kedah, namun masih belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara itu.

Lain pula ceritanya dengan seteru utama, Penang FC yang akan melakukan rombakan pasukan selepas melalui perjalanan yang hambar musim lalu.

Ini selepas Penang mengumumkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Kumbang sekali gus berjanji akan mengembalikan prestasi Penang FC sebagai pasukan yang mampu memberikan saingan dalam kempen Liga Malaysia 2024/25.

"Ini adalah satu peluang yang perlu saya buktikan kepada semua bahawa saya boleh menjadi seorang jurulatih yang baik dan boleh membawa Penang FC menjadi pasukan yang boleh bersaing dengan kelompok pasukan terbaik dalam Liga Super.

"Saya sudah mengenal pasti pemain yang akan dikekalkan, pemain yang akan dibawa masuk dan beberapa pemain muda daripada skuad B-23 Penang FC musim lalu yang akan dinaikkan pangkat ke Liga Super.

"Dalam masa terdekat ini, kami akan mengeluarkan tawaran dan saya yakin mereka akan bersama kami musim depan.

"Bagi pemain import pula, saya sedang mencari pemain terbaik kerana saya mahu membawa masuk pemain yang lebih baik daripada pemain tempatan. Ia akan mengambil masa tetapi saya akan pastikan mereka akan menjadi tulang belakang dan memberikan impak yang positif buat pasukan Penang," katanya kepada Astro Arena. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram