Gara-gara tuntut tunggakan gaji, pemain kena tendang 'group' WhatsApp Kelantan FC terpaksa buat servis kurier sara keluarga


  • Podium
  • Khamis, 18 Jan 2024

Farhan pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dan menjadi pilihan untuk menjaga gawang gol negara.

KELANTAN FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB), Mohamad Yasin Abdullah berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat, selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Kelab dari Pantai Timur itu, sebelum ini mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa AB berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan kerana masalah kewangan.

Pada 1 Januari lepas, Pengerusi FIB Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif mengumumkan bahawa Kelantan tidak layak bertanding dalam Liga Super 2024-2025 kerana gagal memperoleh Lesen Kebangsaan sebelum tarikh akhir (31 Disember 2023).

Namun penyokong semestinya mahu mengetahui nasib bekas-bekas pemain yang teraniaya akibat sikap sambil lewa pihak pengurusan yang tidak melunaskan tunggakan gaji pemain.

BACA LAGI: Sang Kenari mungkin 'no more import', lain pula ceritanya dengan Penang

Farhan

Farhan pernah mewakili Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Bercakap kepada Majoriti, bekas penjaga gol Kelantan, Mohd Farhan Abu Bakar mengakui putus asa untuk menunggu janji-janji manis yang dilemparkan pihak pengurusan Kelantan.

"Perkembangan sekarang saya hanya bermain dengan pasukan-pasukan sosial di sekitar Lembah Klang dan buat khidmat penghantaran barang untuk raih pendapatan.

"Sejujurnya saya tidak lagi berharap apa-apa lagi dari pihak pengurusan, yang penting semua pihak ambil pengajaran atas apa yang telah berlaku.

"Diharapkan tiada sesiapa lagi yang terlibat dengan Zamsaham (Norizam Tukiman)," katanya.

Kesan daripada tunggakan pembayaran gaji itu, Farhan mendapat tekanan yang tinggi untuk menampung keperluan keluarga dan dikeluarkan daripada 'group' WhatsApp pasukan.

"Pada Mei 2023 saya dihalau dan dikeluarkan daripada hotel serta 'group' WhatsApp dengan alasan saya memalukan kelab.

"Ia kerana viral tentang isu tunggakan gaji dan sampai sekarang pihak pengurusan masih mendiamkan diri.

"Saya berdepan tekanan yang sangat-sangat tinggi kerana perlu menjelaskan segala komitmen dan perlu berhadapan dengan keluarga," jelasnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Minta tamat kontrak Tok Gajah lebih awal, 3 kelab sesuai 'lipas kudung Sarawak' pikat Kim Pan-gon

Abu Bakar

Musim lalu, Farhan menamatkan kontrak lebih awal bersama Kelantan berpunca daripada tunggakan gaji.

Tambah Farhan lagi, sehingga kini dia masih belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan dan berharap dapat mewakili kelab yang mampu menjaga kebajikan pemain.

"Saya kini sedang buat Lalamove dan kalau ada pasukan yang panggil untuk 'join' dan dapat 'payment' saya akan datang.

"Saya berharap dapat mewakili pasukan yang mempunyai misi yang jelas serta barisan pengurusan yang telus dan berhati perut," luahnya.

Musim lalu, Kelantan yang terpalit masalah kewangan, menamatkan saingan Liga Super 2023 pada kedudukan tercorot dalam kalangan 14 pasukan bertanding dengan mengumpul lapan mata selepas tewas dalam 22 perlawanan dan meraih masing-masing dua keputusan menang dan seri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram