SRI Pahang FC berhasil mengutip tiga mata berharga selepas melakar kemenangan tipis menewaskan Selangor FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada Ahad.
Dalam babak pertama aksi tersebut menyaksikan pertembungan sengit kedua pasukan itu yang masing-masing mempunyai misi untuk membawa pulang tiga mata penuh bagi meletakkan jurang mata sebagai penghuni tangga kedua dalam saingan Liga Super.
Bagaimanapun, skuad Tok Gajah berada pada kedudukan selesa selepas tonggak tengah, Kevin Ingreso mencetak jaringan pada minit ke-50 yang menjadikan Sri Pahang mendahului perlawanan.
Kevin sudah mencetak dua jaringan gol bersama Pahang musim ini. — Facebook/SriPahang
Keputusan tersebut tidak menepati ramalan penyokong memandangkan Sri Pahang boleh melakar kemenangan bergaya apabila sebelum ini bergelut ketika berdepan pasukan lebih kecil seperti Negeri Sembilan FC (NSFC) yang berakhir dengan keputusan 3-4 pada aksi 9 Jun 2023.
Oleh itu, tidak hairanlah untuk melabelkan Sri Pahang merupakan pasukan paling menyakitkan hati lawan dengan menyaksikan beberapa pasukan gergasi tanah air terpaksa pulang hampa membawa satu mata ataupun dengan tangan kosong.
Malah lebih mengejutkan ada yang berasakan Tok Gajah merupakan pasukan yang lebih memberi kejutan pada saingan musim ini jika dibandingkan dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) dan The Giant Killer, PDRM FC.
Tidak hanya omong kosong, berikut empat sebab mengapa Sri Pahang dikatakan antara pasukan yang paling menyakitkan hati lawan;
1) Selalu menang tipis
Situasi ketika Pahang menang 2-1 ke atas Terengganu pada 28 April lalu. — Facebook/SriPahang
Dalam perlawanan liga berlangsung, skuad Tok Gajah dilihat sebagai satu pasukan yang cukup memberikan tekanan kepada pihak lawan apabila sering meraih membawa tiga mata walaupun dengan kemenangan tipis.
Setakat 16 aksi Liga Super yang sudah berlangsung, Tok Gajah menang tujuh daripadanya dengan perbezaan satu jaringan sahaja dan di antara pasukan tersebut adalah pasukan Piala Asia, Terengganu FC (TFC).
Skuad Sang Penyu terpaksa menanggung malu apabila tewas tipis 1-2 di tangan Tok Gajah di Stadium Sultan Zainal Abidin (SSMZA) yang mana jaringan lewat daripada jeneral tengah, Azam Azih memberi senyuman kepada pemain ke-12 Tok Gajah.
Selain Terengganu, enam lagi pasukan yang turut mengalami masalah sama ialah PDRM (1-2), Kelantan United FC (1-0), Kuching City (0-1), Negeri Sembilan FC (3-4), Penang FC (0-1) dan tewas 1-2 ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC.
2) Hilang keyplayer tapi tetap melawan musim ini
Hidalgo antara pemain utama Sri Pahang pada musim lepas. — Facebook/SriPahang
Musim 2023 Sri Pahang tidak bermula dengan baik apabila menyaksikan pelbagai nama besar Tok Gajah seperti tonggak naturalisasi, Lee Tuck dan penyerang sayap, Manuel Hidalgo mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan lain.
Perpindahan duo Tok Gajah itu ke Kedah Darul Aman (KDA) FC menimbulkan kemarahan penyokong kepada pihak pengurusan kerana sanggup membiarkan pesaing menandatangani Lee Tuck dan Hidalgo.
Berita perpindahan pemain Argentina itu ke Kedah mencetuskan kontroversi dalam kalangan penyokong Tok Gajah berikutan skuad Sang Kenari sanggup membuat membayar pampasan memandangkan Hidalgo masih memiliki kontrak selama setahun dengan kelab Pantai Timur itu.
Manakala, penyokong pula menganggap Lee Tuck seperti menggunakan Sri Pahang hanya untuk mendapatkan status naturalisasi dan akhirnya memilih Kedah sabagaia rumah baharunya.
Walaupun tanpa dua pemain utama itu prestasi Tok Gajah bagaimanapun dilihat lebih baik pada musim ini kerana menampilkan prestasi cemerlang jika dibandingkan dengan musim lepas yang hanya menduduki tangga ketujuh Liga Super 2022.
Malah kemasukan beberapa pemain berpengalaman seperti Syazwan Andik, Fadhli Shas, Azrif Nasrulhaq sememangnya memberikan kesan positif terutamanya di bahagian pertahanan Pahang.
3) Selalu comeback untuk seri atau menang
Fandi mula mengendali Sri Pahang pada awal musim ini. — Facebook/SriPahang
Sri Pahang musim ini memberi kejutan kepada pasukan lain apabila berhasil memperoleh kemenangan ataupun berkongsi satu mata walaupun pada awal permainan ketinggalan jaringan gol dari pihak lawan.
Daripada enam perlawanan, Tok Gajah mencatat enam seri dan banyak daripadanya adalah keputusan dramatik sehingga penyokong mengganggap Pahang kadang-kadang menang nasib.
Perkara itu juga pernah diakui pengendalinya, Fandi Ahmad yang mengatakan bahawa Sri Pahang tidak boleh selamanya bergantung kepada nasib.
"Kadang kala kita dibantu faktor nasib, tapi kita tidak boleh sentiasa bergantung kepada nasib. Kita perlu catat keputusan yang baik melalui apa yang kita tunjukkan di atas padang, kita perlu bekerja keras dan perbaiki kelemahan, tingkatkan kualiti dan yang penting mempunyai semangat melawan yang tinggi.
"Kita tidak mahu menang disebabkan pasukan lawan tidak menjadi, pemain perlu berusaha dan membuktikan bahawa kita memang layak berada di kedudukan sekarang ini,”katanya.
4) Liat di kubu sendiri
Antara aksi Pahang ketika menentang Selangor pada Ahad ini. — Facebook/SriPahang
Beraksi di laman sendiri merupakan kekuatan Tok Gajah yang mana menyaksikan kekalahan kepada skuad Warga Kota merupakan satu-satunya perlawanan yang berakhir dengan skuad Tok Gajah tumpas di laman sendiri.
Beberapa pasukan gergasi Liga Super seperti Terengganu, Sabah dan Kedah tidak mampu membawa pulang tiga mata penuh selepas beraksi di Darul Makmur.
Selangor sahaja baru-baru ini turut menjadi sebahagian kelab yang mengalami mimpi ngeri di Darul Makmur dengan keputusan beraksi 1-0 memihak kepada Tok Gajah.
Tok Gajah merekodkan 10 kemenangan, empat seri dan dua kekalahan dalam 16 perlawanan berlangsung dengan mengutip 34 mata sekaligus meletakkan pasukan Pantai Timur itu kedudukan ketiga carta Liga Super 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram