DATUK Lim Teong Kim tetap positif terhadap prestasi Harimau Malaya ketika bertemu Bahrain pada Sabtu.
Skuad kebangsaan tumbang buat kali kedua dalam perlawanan Kumpulan E Piala Asia 2023 apabila membenarkan gol saat-saat akhir Ali Mardan yang menjadi pemisah pertemuan di Stadium Jassim Bin Hamad.
Mengulas lanjut perlawanan itu, Teong Kim mempersoalkan tentang corak permainan berbeza yang ditampilkan Harimau Malaya ketika separuh masa pertama dan kedua.
"Tempo mesti sama seperti separuh masa atau tingkatkan lagi, baru kita boleh beri tekanan kepada Bahrain.
"Separuh masa kedua pasukan negara terlalu bertahan, tidak berlaku langsung serangan.
"Apa yang mereka lakukan apabila menguasai bola. Ibarat lawan Jordan ketika separuh masa pertama," kata bekas Ketua Jurulatih Perak FC itu kepada Astro Arena.
BACA LAGI: [VIDEO] Pan-gon sedia jadi 'punching bag', gol minit akhir kecewakan Matthew Davies
Sebahagian aksi menarik ketika penjaga gol Bahrain (jersi hitam) menangkap kemas bola daripada serangan jentera Harimau Malaya. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Ramai anggap jeneral tengah Selangor lebih sesuai diberi peluang berbanding Natxo
Walaupun banyak kepincangan yang perlu diperbaiki, namun Teong Kim berpendapat bahawa aksi tersebut boleh menjadi pengajaran berguna buat pemain negara sambil mengingatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perancangan seterusnya.
"Kita pun mesti menghargai sumbangan pemain, perubahannya seperti malam dan siang.
"Ini satu persembahan yang baik daripada pemain negara. Mereka layak selepas 40 tahun dan berjumpa pasukan kuat.
"Tapi purata pemain pasukan kini berusia 30 tahun," katanya lagi. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram