Nolan antara 5 hero MLBB yang 'overpower' di permulaan season 31


  • eSports
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Mobile Legends Bang Bang adalah salah satu permainan video yang mendapat sambutan hangat phone gamers. — Agensi

SETIAP permainan video pastinya mempunyai hero yang selalu menjadi pilihan untuk berdepan dengan peperangan.

Tidak ketinggalan juga permainan video Mobile Legends Bang Bang (MLBB) yang kini mendapat sambutan luar biasa daripada golongan muda tidak kira dalam atau luar negara.

Seperti yang diketahui, seperti musim-musim lepas, setiap hero akan mempunyai peningkatan mahupun penurunan apabila sesuatu musim bermula.

Pada musim yang baru ini atau lebih dikenali sebagai season 31, sejumlah hero Mobile Legends (ML) dilihat mendapatkan perubahan atau biasa disebut sebagai penyesuaian.

Berikut Majoriti menyenaraikan wira yang sesuai digunakan untuk setiap peranan dalam MLBB:

WhatsApp Image 2024-01-19 at 20.55.17 (1)

Nolan menjadi pilihan utama hero ML. — Agensi

1.Nolan

Nominasi hero terkuat MLBB musim ini mengikut kepada role masing-masing namun Nolan antara yang paling gemar digunakan.

Hal ini kerana Nolan memiliki damage yang begitu menakjubkan dan mempunyai kelebihan dari segi keluar masuk pertempuran atas kemahiran yang dimilikinya.

Anda perlu berhati-hati jika pasukan lawan menggunakan Nolan sebagai wira.

WhatsApp Image 2024-01-19 at 20.55.17

Lunox antara wira yang perlu diawasi oleh pemain ML. — Agensi

2. Lunox

Di sisi tengah Land of Down, Lunox menjadi salah satu hero terkuat berikutan sudah dikemaskini kerana Lunox hanya memerlukan satu pasif untuk boleh berubah sisi ke ultimate kuning mahupun ungunya.

Selain itu, kesan pengurangan cooldown daripada item yang dibeli juga menyebabkan hero ini senang untuk mengeluarkan damage dengan cepat serta mampu keluar daripada pertempuran menggunakan ultimate kuning.

Selain Nolan, Lunox juga antara wira yang perlu diawasi sekiranya lawan anda memilihnya.

WhatsApp Image 2024-01-19 at 20.55.18 (1)

Arlott merupakan mesin pembunuh yang mampu menewaskan musuh. — Agensi

3. Arlott

Arlott merupakan hero fighter yang sudah dikenal dengan reputasi tinggi oleh para pemain ML, tak jarang hero tersebut sering menjadi langganan ban kerana damage sakit dan dapat menghabiskan musuh dengan mudah.

Ketika digunakan untuk berperang, Arlott boleh menjadi initiator yang baik dalam memasuki pertahanan paling belakang lawan untuk mengusir damage dealer lawan seperti gold lane dan mid lane agar tidak dapat masuk dalam pertempuran.

Arlott dapat dimanfaatkan menjadi mesin pembunuh handal dan fighter yang lincah dalam menewaskan musuh.

WhatsApp Image 2024-01-19 at 20.55.18

Wanwan merupakan hero yang sukar untuk ditangkap. — Agensi

4.Wanwan

Wanwan dikenali sebagai hero yang cukup sukar ditangkap karena kelincahannya dan mudah mengaktifkan ultimate.

Hal ini kerana, sekiranya Crossbow of Tang menyala, Wanwan akan terbang ke udara dan menyerang musuh menggunakan basic attack tanpa boleh diserang oleh musuh.

Wanwan juga merupakan wira yang terlalu berkuasa masih bertahan dari musim sebelum ini.

WhatsApp Image 2024-01-19 at 20.55.17 (2)

Tigreal memiki kemampuan yang boleh melumpuhkan musuh. — Agensi

5.Tigreal

Tigreal kini juga menjadi meta kerana kemampuan crowd control yang dimilikinya.

Hero tersebut mampu membuat pertempuran lebih mudah dengan inisiasi yang langsung melumpuhkan lawan.

Terdapat beberapa kombo yang boleh digunakan, salah satunya adalah menggunakan spell flicker kemudian menggunakan ultimate merupakan satu cara untuk menculik pasukan lawan ketika pertempuran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram