NAMA Robin van Duiven mencuri tumpuan penyokong tanah air selepas dikatakan bakal memperkuatkan skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.
Difahamkan, pemain berketinggian 177 meter itu merupakan kelahiran Belanda namun mempunyai darah keturunan Malaysia melalui neneknya.
Robin yang berusia 17 tahun itu kini bermain bersama pasukan ternama di Eropah iaitu kelab PSV Bawah 18 Tahun (B-18 Tahun).
Pemain muda tersebut merupakan aset penting untuk pasukan kebangsaan kerana beraksi di bahagian penyerang.
Pastinya, kehadiran Van Duiven mampu membantu skuad kebangsaan dengan kelebihannya dari segi asakan dan jaringan ketika bermain liga luar negara sekali gus dapat diterapkan bersama pasukan Harimau Malaya kelak.
BACA LAGI: Lupakan kekalahan pahit aksi pertama, Stuart Wilkin pesan jangan ulang silap sama bertemu Bahrain
Robin van Duiven dijangka berpeluang untuk beraksi bersama Harimau Malaya pada masa akan datang. — Instagram/Frfuturetalents
Perkara tersebut dikongsikan oleh Frfuturetalents di laman Instagram yang beranggapan bahawa Van Duiven memiliki potensi untuk menyarung jersi kebangsaan.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata ekor Harimau Malaya mendesak agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera mendapatkan pemain warisan tersebut kerana berpotensi beraksi sebagai penyerang.
Ia sekali gus dapat membantu skuad kebangsaan mencari pemain yang sesuai menggantikan Darren Lok.
"Cepat buat lah kerja sikit, jangan duduk diam je panggil lah pemain-pemain kacukan yang main dekat luar main untuk Malaysia," kata @izwannn_1.
"Demi masa depan bola sepak Malaysia,tolonglah FAM buat kerja cepat sikit," kata @aina.yalani04.
"Posisi yang kita mahukan untuk Harimau Malaya, FAM tolong buat kerja laju," kata @sembangbolaaa.
Untuk rekod, musim ini, penyerang kelahiran Belanda itu berhasil mencetak lapan gol dan satu assist bersama pasukan PSV.
Kehadirannya untuk bermain bersama skuad kebangsaan pastinya amat menggembirakan penyokong tempatan kerana kelebihan fizikal dan teknikal yang boleh membantu dalam mencetak gol. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram