[VIDEO] Tackle kasar 'tak pakai otak' warnai aksi bola sepak amatur di JB, penganjur tampil beri penjelasan


  • Podium
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan kapten pasukan Rose Reaper FC diterjah keras. — Agensi

TERJAHAN keras dalam bola sepak adalah perkara yang sering berlaku dalam sukan berkenaan dan lebih parah lagi apabila tindakan tersebut boleh mengakibatkan seorang pemain mengalami kecederaan serius.

Baru-baru ini, tular di laman Facebook apabila kapten pasukan Rose Reaper FC, Aliff Azman diterjah keras oleh salah seorang pemain One Dream dalam satu perlawanan liga amatur yang berlangsung di Johor Bahru, Johor pada Khamis.

Menerusi satu video yang berdurasi 42 saat tersebut, pemain One Dream yang memakai jersi 34 itu dilihat cuba untuk mengawal bola masuk ke kawasan penalti lawan malangnya dilihat sengaja melakukan terjahan keras ke arah lutut Aliff Azman.

BACA LAGI: [VIDEO] Dianggap tackle terburuk, kapten Tanzania tak bermaya lepas disepak dan dipijak

Tidak terhenti di tengah jalan, tampil menjelaskan situasi tersebut dalam satu kenyataan di Facebook, pihak penganjur memandang serius insiden itu.

"Isu viral berkaitan satu perlawanan di FBJB Community Cup (Season 2) 2023/2024, Kami sebagai penganjur menegaskan bahawa kami sangat menentang sebarang bentuk provokasi dan aksi melampau dari para pemain dan pasukan.

"Pihak Kami memandang serius atas insiden tersebut dan telah melakukan tindakan awal dengan meminta pengurusan kedua dua pasukan untuk menghantar borang "Show Cause Letter" kepada pihak Pengurusan Liga," tulisnya di Facebook pada Jumaat.

Berdasarkan klip itu, pemain kedua-dua pasukan kemudiannya mengelilingi mangsa yang mengalami kesakitan, namun tiada insiden kekecohan tercetus.

Namun, dalam usaha membantu pemain berjersi no 34 itu, pihak perubatan bertindak memasuki padang untuk menilai tahap kecederaan dialaminya.

"Kami akan mengadili insiden ini seadilnya bagi memastikan semua pihak terlibat mendapat hukuman seadilnya atas tindakan yang telah dilakukan.

"Kami akan berkerjasama dengan pasukan Legal (perundangan) kami, Khairul Asri Ahmad untuk memastikan keadilan bagi semua pihak dapat berikan.

"Pengurusan Liga akan mengikuti rapat perkembangan kecederaan yang dialami oleh pemain Rose Reaper FC, Aliff Azman dan akan menawarkan bantuan semampu kami buat beliau. Kami mendoakan semoga Aliff Azman, Ketua Pasukan Rose Reaper FC Segera pulih dari kecederaan," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram