Bukan Melaka tapi ada 3 kelab lebih layak main slot 'luar biasa' Liga Super


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Barisan pemain Melaka United dalam perlawanan akhir Liga Super 2022 sebelum diturunkan pangkat ke Liga M3. — Instagram/melakautdfc_official

PADA Khamis, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa badan pengelola liga bola sepak profesional negara itu akan membuka semula permohonan lesen luar biasa (extraordinary license) kepada semua kelab M3 Amateur Football League (AFL) untuk memohon lesen menyertai Liga Super 2024-2025.

Permohonan lesen luar biasa ini dibuka semula kepada kelab-kelab AFL M3 berdasarkan kepada Perkara 4.5, 4.6 dan Annexe III Peraturan Pelesenan Kelab MFL.

Ia berikutan selepas ketiadaan Kelantan FC sekali gus menyaksikan kekosongan slot ke-14 bagi saingan Liga Super musim ini.

Berikutan pengumuman tersebut, nama kelab Melaka United FC seperti sudah dijangka berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Super nanti.

Bagaimanapun, melihat kepada kriteria-kriteria yang diberikan oleh MFL, pasukan Melaka sememangnya tidak layak untuk naik pangkat ke Liga Super.

Hal ini kerana, Melaka kini berdepan masalah gaji, faktor pemain dan perbezaan ranking yang ketara dalam Liga M3.

Justeru, Majoriti menyenaraikan tiga kelab yang lebih layak untuk merebut slot ke Liga Super 2024:

BACA LAGI: Ada peluang naik Liga Super ganti Kelantan, penyokong kuaci Melaka dah boleh 'standby'

WhatsApp Image 2024-01-19 at 21.11.07 (1)

Imigresen muncul juara Liga M3 musim lepas.

1) Imigresen FC

Kelab Imigresen FC dilihat calon pasukan yang layak untuk bersaing dalam saingan Liga Super akan datang.

Hal ini kerana, musim lalu, kelab tersebut merupakan juara Liga M3 dengan mengutip 55 mata dan serta 53 jaringan dihasilkan.

Selain itu, kelab tersebut juga dilihat berpotensi beraksi dalam Liga Super kerana pernah bersaing dalam Piala FA yang merupakan antara saingan terbaik dalam Liga Malaysia.

Malah, Imigresen memiliki pemain yang cukup berkualiti selepas penyerang pasukan itu, Azim Rahim muncul penjaring terbanyak liga tersebut.

2) Kuala Lumpur Rovers

Selain Imigresen, satu lagi wakil kelab yang berpotensi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Kelantan FC itu adalah Kuala Lumpur (KL) Rovers.

KL Rovers memiliki barisan pemain yang cukup cergas sekali gus sering menampilkan aksi persembahan yang cemerlang.

Meskipun tidak menjuarai Liga M3, pasukan tersebut berjaya meraih kedudukan kedua dengan mengutip 54 mata dan mencetak 48 jaringan.

WhatsApp Image 2024-01-19 at 21.11.07

Matyo antara pemain berpengalaman yang mampu membantu Harini FT.

3) Harini FT

Pasukan Harini FT melakar sejarah dalam saingan Liga M3 kerana berjaya menghasilkan 56 jaringan yang juga merupakan jumlah terbanyak dalam saingan liga itu.

Kelab yang berpangkalan di Serdang, Selangor itu dilihat menjadi antara kelab yang mempunyai persediaan yang agak kukuh untuk bersaing pada musim ini.

Menduduki tangga ketiga Liga M3, Harini berjaya mengumpul 51 mata selepas 24 perlawanan liga berlangsung.

Meskipun menghuni tangga ketiga, Harini memiliki berpotensi untuk beraksi di Liga Super kerana mempunyai pemain berpengalaman iaitu Norshahrul Idlan Talaha atau mesra dengan sapaan Matyo. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram