[VIDEO] Pan-gon sedia jadi 'punching bag', gol minit akhir kecewakan Matthew Davies


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Antara aksi Davies ketika perlawanan menentang Bahrain pada Sabtu. — Facebook/FAM

PERJALANAN skuad bola sepak kebangsaan Malaysia di Piala Asia 2023 terhenti selepas tumbang 0-1 kepada Bahrain menerusi gol babak kecederaan dari Ali Madan di Stadium Jassim Bin Hamad di Doha, Qatar pada Sabtu.

Perlawanan dengan misi wajib menang namun bertukar kepada kegagalan membawa sebarang mata itu membuatkan ramai penyokong mula menuding jari kepada beberapa pemain yang tampil dengan persembahan mengecewakan.

Enggan meletakkan kesalahan di bahu anak-anak buahnya, Kim Pan-gon meletakkan dirinya untuk menjadi ‘punching bag’ dan beliau mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas kekalahan Malaysia.

“Sebagai jurulatih ia adalah kesalahan saya. Bukan kesalahan dari pemain dan bukan dari FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan bukan juga dari orang ramai. InI semua masalah jurulatih,” katanya memetik video yang dimuat naik pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam di platform X.

BACA LAGI: ‘Tak boleh diharap’, ekor Garuda kecewa Malaysia gagal sekat Bahrain, tipiskan peluang Indonesia untuk mara

WhatsApp Image 2024-01-21 at 09.04.15

Pan-gon ketika memberi arahan kepada pemain dari tepi padang. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Ekor HM risau KPG turunkan Dominic, harap guna 3 pemain tengah sekat Bahrain

Dałam perlawanan berkenaan menyaksikan pengendali dari Korea Selatan tersebut terduduk selepas dikejutkan dengan jaringan lewat dari Ali pada masa kecederaan yang menyaksikan penjaga gol, Syihan Hazmi gagal menyelamatkan bola.

Ketua pasukan Harimau Malaya, Matthew Davies juga tidak dapat menyorok kekecewaannya melihat gawang Malaysia bolos saat akhir walaupun bertahan cukup ampuh sepanjang 90 minit permainan.

“Ia memang mengecewakan. Kita datang ke Piala Asia selepas 40 tahun, ia memang susah dan sekarang kita kalah. Memang mengecewakan tapi ada benda positif kita boleh ambil dari perlawanan tadi. Kita beri persembahan yang baik tadi.

“Jaringan saat akhir itu cukup mengecewakan. Kita dah berusaha pada perlawanan, semua boleh tengok permainan tadi (Sabtu). Tiada siapa yang boleh disalahkan. Ia memang mengecewakan tapi inilah bola sepak,” jelasnya memetik temu bual bersama Astro Arena

Kekalahan itu juga menyaksikan Harimau Malaya sudah tersingkir daripada saingan kejohanan tertinggi Asia berkenaan dan selepas ini sekadar melengkapkan jadual perlawanan menentang Korea Selatan pada 25 Januari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram