'Pan-gon saja yang tahu siapa layak bermain berdepan Bahrain'


  • Podium
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Pastinya skuad kendalian mampu melakar keputusan positif menjelang perlawanan kedua berdepan Bahrain nanti. — Facebook/FAM

SKUAD Harimau Malaya terpaksa akur dengan kekalahan 0-4 di tangan Jordan dalam aksi pembukaan kempen Kumpulan E Piala Asia 2023 di Qatar.

Selepas ini, Harimau Malaya berdepan Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E yang akan diadakan di Stadium Jassim Bin Hammad pada Sabtu.

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Rudie Ramli menyifatkan aksi berdepan Jordan bukanlah permainan sebenar Harimau Malaya.

"Mungkin itu bukan permainan yang sebenar pasukan Malaysia dari apa yang kita tengok perlawanan sebelum-sebelum ini.

"Kita tengok first half mungkin Malaysia kena gol awal dan main open play, defend terlalu tinggi sehingga kita gagal menyekat hantaran di belakang pertahanan dan kita bolos dengan mudah.

"Second half ada peluang-peluang positif yang ditunjukkan oleh pemain berbanding first half," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Sentiasa dahaga cetak gol, Darren Lok impi ledak jaringan berdepan Bahrain

WhatsApp Image 2024-01-19 at 19.24.16

Kelincahan Arif Aiman Hanapi ditagih membantu Harimau Malaya mencetak gol berdepan Bahrain. — Facebook/FAM

Tambahnya lagi, pastinya keputusan berdepan Jordan bukanlah keputusan yang baik malah bekas penyerang kelahiran Kelantan itu yakin bahawa Pan-gon akan mengubah corak permainan sekali gus terdapat pertukaran pemain.

"Kita tahu keputusan bertemu Jordan bukan keputusan yang baik untuk perlawanan pertama di Piala Asia.

"Pendapat saya esok (Sabtu) akan ada pertukaran pemain yang bakal dilakukan oleh coach Pan-gon dan pastinya kita mengharapkan keputusan yang positif berdepan Bahrain kerana pemain perlu sedar keputusan esoklah menentukan perjalanan di Piala Asia," kongsinya.

Tampil mengulas benteng pertahanan yang mudah goyah, Rudie berkata, bahagian tersebut perlu diperkemaskan lagi kerana ia merupakan kelemahan ketara dalam skuad Harimau Malaya.

"Sudah semestinya bahagian pertahanan perlu lebih fokus dan disiplin untuk tidak dibolosi, tetapi kesebelasan utama perlu memainkan peranan masing-masing di atas padang.

"Pemain kena ingat pasukan Bahrain berjaya menjaringkan gol bertemu Korea selatan jadi mungkin di bahagian serangan mereka bagus," jelasnya.

Bagaimanapun, menjelang aksi kedua tersebut, pastinya penyokong di tanah air tidak sabar menantikan wajah-wajah baharu yang bakal diturunkan oleh pengendali Harimau Malaya itu.

Namun, bagi bekas penyerang Selangor FC itu, hanya Pan-gon yang mengetahui pemain mana layak untuk beraksi nanti bergantung kepada taktikal dan kekuatan lawan.

"Kita semua tidak pasti siapa yang akan di turunkan esok oleh Pan-gon, sebab yang nampak coach Pan-gon dan bertanggungjawab menurunkan pemain bergantung tactical team dan opponent punya kekuatan.

"Tapi yang pasti mesti ada pertukaran pemain dari first game ke second game," ujarnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram