[VIDEO] Selepas tempuh perjalanan sejauh 5,000 batu, Onana ditenangkan bekas import Sabah


  • Podium
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Onana (kanan) ditenangkan oleh Diouf (kiri) semasa perlawanan pertama Cameroon di Piala Negara Afrika 2023 baru-baru ini.

BINTANG Manchester United, Andre Onana dilaporkan terpaksa ditenangkan oleh bekas import Sabah FC, El Hadji Diouf selepas dia dipinggirkan daripada skuad nasional Cameroon pada aksi pembukaan pertama Piala Negara Afrika 2023 baru-baru ini.

Onana mempersoalkan tindakan pengurusan Cameroon yang menyisihkannya apabila dia sanggup terbang dengan jet peribadi yang disewa khas semata-mata mahu cepat sampai di Ivory Coast untuk beraksi aksi pertama tersebut.

Sebelum ini, Onana meminta pelepasan khas supaya dia tidak perlu melapor diri awal ke kem pasukan Cameroon.

Ini kerana dia mahu bermain dalam perlawanan penting EPL melibatkan Man United menentang Tottenham Hotspurs pada Ahad lalu.

Onana dikatakan berat hati meninggalkan United dan pada masa yang sama mahu bermain bersama Cameroon.

BACA LAGI: Hanya kerana posting FB, 2 gergasi Liga Super hampir dapat tajaan syarikat tempatan

Selepas aksi Ahad lalu, dia berlepas dari lapangan terbang John Lennon Airport di Liverpool dengan menaiki jet peribadi.

Malangnya dia tak dapat diturunkan dalam aksi pertama melibatkan Cameroon selepas menempuh perjalanan sejauh 5,000 batu dalam penerbangan selama tiga jam.

Lebih mengecewakan Onana, namanya langsung tiada dalam senarai skuad sekali pun termasuk di bangku simpanan.

BACA LAGI: Ekor HM risau KPG turunkan Dominic, harap guna 3 pemain tengah sekat Bahrain

Onana yang bengang dikatakan terpaksa ditenangkan oleh bekas penyerang Liverpool dan Senegal, El Hadji Diouf yang kini menjadi pembantu Song.

Diouf menjelaskan kenapa pengurus tidak menyertakan namanya dalam skuad. Antaranya, pengurus risau itu akan mendedahkan Onana kepada risiko kecederaan.

Onana mungkin akan direhatkan untuk aksi kedua bergantung kepada perkembangan dia bersama pasukan dalam latihan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram