Forestieri beri bayangan akan pulang ke kampung, bakal sertai kelab lama Messi


  • Podium
  • Rabu, 10 Jan 2024

Forestieri bakal meninggalkan JDT setelah dua musim menjadi nada utama kepada jentera serangan pasukan itu.

BARU-BARU ini, peminat Johor Darul Ta'zim (JDT) dikejutkan dengan perkhabaran bahawa tonggak serangan pasukan, Fernando Forestieri bakal dilepaskan kelab itu.

Pemain import Argentina tersebut menjadi watak utama pasukan musim lalu dalam membantu mereka menjuarai empat kejuaraan domestik tanpa mengalami sebarang kekalahan.

Meskipun mengalami kecederaan pada pertengahan kempen, penyerang sayap berkenaan masih mampu menjaringkan sejumlah gol penting sepanjang musim.

Untuk rekod, Forestieri berada di kedudukan ketiga carta penjaring terbanyak dalam Liga Super 2023 dengan 21 gol dicatatkannya dalam 20 penampilan.

Bagaimanapun, keputusan tersebut dibuat memandangkan pasukan Selatan tanah air itu mahu mengurangkan kos perbelanjaan pada 2024 selepas bertahun-tahun membuat pelaburan besar-besaran.

BACA LAGI: Rajin dan berbisa, pemergian Forestieri ditangisi penyokong JDT

417190436_771114558377213_1440821246094808174_n

Dua orang anak kepada Forestieri kelihatan memakai jersi Newell's Old Boys.

Kini, persoalan pastinya timbul mengenai masa depan Forestieri kerana berdasarkan laman web transfermarkt, dia dilabel ejen bebas yang membolehkan mana-mana kelab menyambar khidmatnya.

Antara destinasi yang disebut-sebut orang ramai pastinya adalah ke kelab berpangkalan di Argentina dengan pemain itu semestinya mahu kembali ke negara kelahirannya.

Selain itu, kelab kecil sekitar Eropah, terutamanya di Itali dan Argentina dianggap satu destinasi terbaik buatnya apabila dia pernah beraksi di situ sebelum ini.

Bagaimanapun, persoalan berkenaan seperti sudah terjawab apabila satu foto tersebar di media sosial memaparkan anaknya sedang menyarung jersi pasukan dari Argentina, Newell Old Boys.

DkP6INvX4AEbatq

Lionel Messi merupakan salah seorang graduan cukup dikenali daripada Newell's Old Boys. Agensi

Perkara berkenaan dikongsikan pemain berkenaan di Insta Story peribadinya ketika dua cahaya matanya sedang memakai pakaian tersebut di lokasi yang difahamkan kediamannya.

Berdasarkan rekod, Forestieri pernah beraksi di pasukan berkenaan pada 2003, iaitu ketika zaman remajanya sebelum berkelana ke Eropah.

Newell Old Boys sememangnya cukup terkenal dalam melahirkan bintang bola sepak ternama dengan dua penyerang legenda Argentina, Lionel Messi dan Diego Maradona. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram