KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam menjawab persoalan ramai berhubung status syarat pelesenan ke atas Kelantan FC bagi musim 2024 selepas mereka dikhabarkan gagal untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
"Berhubung Syarat Pelesenan ke atas Kelantan FC bagi musim 2024, MFL menjelaskan isu itu masih belum ada sebarang kata putus.
"Ia memandangkan perbincangan berhubung rayuan pasukan berkenaan hanya akan berlaku pada Selasa depan," kata Stuart Ramalingam seperti dilapor Stadium Astro.
Stuart turut menjawab persoalan mengenai dua pasukan lain iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Kelantan United berhubung masalah tunggakan gaji yang difahamkan masih belum selesai.
"Difahamkan dua kelab, Kelantan United dan Kedah Darul Aman, sedang menyelesaikan tunggakan gaji dalam bentuk persetujuan bersama.
"Tetapi ia bukan sekadar lepas tangan tatkala MFL terus memantau sebarang perkembangan terkini," jelasnya.
BACA LAGI: Galas tugas Fernando Forestieri antara 3 peranan Hidalgo jika benar ke JDT
Kelantan dikhabarkan tidak akan beraksi dalam Liga Super musim depan.
Sekali lagi, Stuart menggesa mana-mana pemain dan jurulatih terlibat perlu memilih medium yang betul untuk menyuarakan masalah yang dihadapi.
Dengan menggunakan pelantar sosial media, katanya, ia dianggap sia-sia sekiranya tiada laporan rasmi.
Pada Selasa, MFL dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuktikan betapa mereka serius dalam melahirkan pemain bola sepak berkualiti pada masa akan datang dengan memberikan perhatian kepada perkara asas, iaitu padang.
Kesepakatan kedua-dua organisasi itu menerusi kerajaan negeri mampu menjayakan kempen penanaman padang rumput jenis Zeon Zoysia untuk perlawanan bola sepak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram