Galas tugas Fernando Forestieri antara 3 peranan Hidalgo jika benar ke JDT


  • Podium
  • Rabu, 10 Jan 2024

Hidalgo (jersi kuning) memainkan peranan penting dalam membantu skuad Sang Kenari musim ini. — Facebook/KDA FC

NAMA penyerang sayap Kedah Darul Aman (KDA) FC, Manuel Hidalgo kian mencanak ketika ini.

Ia berikutan selepas status terkini penyerang sayap kelahiran Argetina tersebut masih belum diketahui dan dikhabarkan akan meninggalkan kelab yang berpangkalan di Utara tanah air itu.

Berdasarkan khabar angin yang bertiup kencang ketika ini, Hidalgo dikhabarkan menarik minat dua kelab gergasi tanah air iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC.

Melihat kepada prestasi cemerlang yang ditampilkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), pemain berusia 24 tahun itu pastinya lebih cenderung untuk menyertai skuad Harimau Selatan.

Berikut Majoriti menyenaraikan peranan pemain berusia 24 tahun itu jika benar Hidalgo akan berhijrah ke pasukan yang berpangkalan di Selatan tanah air itu:

BACA LAGI: 'Naik jemu dah', ramai mula terbuka hati jika Hidalgo sah ke JDT

WhatsApp Image 2024-01-09 at 20.57.23

Hidalgo dikatakan hampir meninggalkan skuad Sang Kenari selepas satu musim yang cukup produktif. — Facebook/KDA FC

1) Pilihan penggiliran dengan Arif Aiman

Melihat kepada kesebelasan utama yang sering diturunkan dalam skuad JDT, pastinya sukar bagi mana-mana pemain untuk menembusi pilihan utama pasukan tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak mustahil Hidalgo boleh menggalas tugas di posisi Arif Aiman Hanapi yang dilihat sudah sebati dengan skuad utama JDT itu.

Sekiranya Hidalgo berhijrah ke JDT, posisi Arif Aiman dilihat akan tergugat lebih-lebih lagi kedua-dua mereka merupakan watak penting buat skuad masing-masing sebelum ini.

Seperti yang diketahui penyokong bola sepak tempatan, Hidalgo merupakan seroang pemain yang mempunyai kelincahan dan kebolehan membawa bola.

2) Ambil peranan Forestieri

Baru-baru ini, Harimau Selatan mengumumkan pemergian bintang Argentina iaitu Fernando Forestieri.

Pemain berusia 33 tahun itu meninggalkan Harimau Selatan selepas dia menjadi sebahagian daripada pelbagai nama yang dilepaskan oleh kelab tersebut menjelang musim 2024/2025.

Meskipun begitu, kehilangan pemain berketinggian 1.72 meter itu dilihat memberi peluang kepada Hidalgo untuk menggalas tugas sebagai penyerang dalam skuad utama JDT.

Kehadiran Hidalgo ke JDT pastinya dilihat akan membantu skuad tersebut berikutan memiliki corak permainan yang pantas dengan hantaran satu dua di tengah padang.

3) Berpotensi menjadi pemain naturalisasi

Sekiranya Hidalgo berjaya menembusi skuad utama JDT, pastinya pemain kelahiran Argentina itu akan mengikut jejak beberapa pemain JDT sebelum ini yang dinaturalisasikan, antaranya Endrick Dos Santos dan Mohamadou Sumareh.

Hidalgo yang berusia 24 tahun itu dilihat boleh menjadi pemain tempatan selepas cukup syarat lima tahun bermain di Liga M.

Pemain kelahiran Argentina itu dilihat boleh mengijut jejak rakan senegaranya iaitu Sergio Aguero jika beraksi lagi dua tahun dan kekal konsisten. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram