KECOH dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air apabila dikejutkan dengan berita seorang pemain pasukan yang berpangkalan di Borneo dipercayai memukul teman wanitanya.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Dr Hana Rose mendakwa menjadi mangsa keganasan teman lelakinya, Rizal Ghazali dalam satu insiden di sebuah hotel Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Tangkap layar hantaran Hana pada Khamis. — Instagram @drhanarose
Laporan daripada pihak Majoriti sebelum ini menyatakan bahawa hasil siasatan mendapati insiden tersebut terjadi akibat perselisihan faham dalam hubungan cinta antara mangsa dengan teman lelakinya sehingga berlaku perkara tidak diingini.
Namun, masalah percintaan bintang bola sepak Sabah FC dengan kekasihnya, Dr Hana Rose memasuki episod baharu apabila dipercayai ia membabitkan orang ketiga.
Dalam satu perkongsian Instagram Story pada Jumaat, Hana berkongsi satu entri foto seorang wanita yang juga penyokong tegar Selangor FC, Nur Syuhada Muhamad Ibrahim yang mendakwa wujud orang ketiga dalam hubungan mereka.
Hana meminta Nur Syuhada berhenti mencampuri urusan peribadinya. — Instagram @drhanarose
"Berhenti bercakap buruk mengenai diri saya, saya tahu awak selalu mesej Rizal, kacau kenapa? tak balas balas la.
"Kenapa Rizal tidak mahu letak gambar saya? Sebab saya yang tak mahu dia berbuat demikian. Sebab nanti ada sahaja yang tidak, jadi biar (gambar) di page saya sahaja," katanya dalam hantaran berkenaan.
Sebelum itu, Nur Syuhada memuat naik satu status Facebook berbunyi, "Jauhi 'cinggey', dekatilah I, hahaha kidding. YTJT (yang tahu je tahu) kisah mereka. You jangan nak buat macam tu ya, nanti rosak karier you...you kena ingat, you and me forever."
Fans jelita Gergasi Merah itu mendakwa Hana dilihat seakan-akan obses dengan kerap memuat naik video dan gambar-gambar dia dan Rizal sedangkan bekas pemain Kedah Darul Aman FC tersebut bersikap low profile tentang hubungan mereka.
"I tengok awek tu (Hana) obses sangat dengan teman lelaki dia. Post semua about boyfriend dia tapi lelaki tu tak post pun pasal awek dia. Kita sebagai perempuan tak perlu obses dengan lelaki. Takkan lah tak kenal lelaki tu kan...lagi-lagi pemain bola sepak.
"Tu sebab I tak nak bercinta dengan pemain bola sebab hati I tak keras," katanya sambil tertawa kecil.
Selain itu, Nur Syuhada juga mendedahkan dalam video tersebut bahawa mungkin terdapat punca lain yang menyebabkan pergaduhan tersebut berlaku.
"Menurut sumber, pemain bola sepak itu memukul teman wanitanya kerana mahu bertunang dengan seorang gadis dari kampung halamannya (di Baling, Kedah)," katanya.
"Mungkin sebab itu mereka bergaduh sampai pukul-pukul, baling telefon bimbit dalam mangkuk tandas," dakwanya dalam video yang dimuat naik pada Khamis.
Terdahulu, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee selepas perlawanan menentang PDRM FC memberikan komen mengenai insiden tersebut dan berpendapat ia merupakan isu peribadi dan tidak menganggu persembahan dan prestasi Sabah FC.
Rentetan insiden tersebut, pemain kelahiran Kedah itu tidak tersenarai sebagai pemain kesebelasan utama mahupun senarai skuad simpanan dalam perlawanan menentang skuad The Cops pada Khamis.
Sabah FC juga gagal membawa pulang mata penuh selepas tewas 0-1 kepada skuad giant killer kendalian Azzmi Aziz yang turut mencalarkan rekod Selangor FC dan KDA FC dalam saingan Liga Super. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram