Tak terkesan repot polis, Rizal Ghazali komited julang The Rhinos


  • Podium
  • Khamis, 08 Jun 2023

Rizal didakwa memukul teman wanitanya di sebuah hotel di Petaling Jaya. — Facebook/SabahFC

SIAPA sangka kisah seorang pemain bola sepak kelab gergasi, Manchester United, Mason Greenwood dan Antony yang mencederakan teman wanita mereka turut berlaku dalam tanah air.

Kecoh dalam kalangan penyokong bola sepak domestik apabila seorang wanita yang dipercayai kekasih kepada pemain sebuah kelab Liga Super mendakwa menjadi mangsa keganasan teman lelakinya baru-baru ini.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Dr Hana Rose mendakwa bahawa kekasihnya yang dipercayai tonggak pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali memukulnya dalam satu insiden di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

WhatsApp Image 2023-06-08 at 17.00.41

Tangkap layar hantaran Dr Hana Rose.

Dalam satu hantaran di Instagram, wanita yang bekerja sebagai doktor estetik itu berkongsi laporan polis bertulis mengenai dakwaan pemain bola sepak berkenaan memukul dahi, mencekik leher dan menggigitnya lengan kiri dan kanannya.

Susulan kejadian berkenaan, Hana juga memaklumkan bahawa dia mendapat rawatan susulan di sebuah hospital swasta, Hospital Kelana Jaya Medical Centre di Petaling Jaya dengan pertolongan daripada kakitangan hotel.

WhatsApp Image 2023-06-08 at 16.53.21

Tangkap layar Insta Story Rizal. — Instagram

Walaupun laporan polis sudah dilakukan namun bek kental The Rhinos itu seperti tidak terkesan dengan tuduhan berkenaan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan seterusnya.

Dalam hantaran di Insta Story, pemain Harimau Malaya itu memuat naik poster menjelang aksi Liga Super Sabah FC menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Khamis.

Apa yang menjadi persoalan dalam kalangan penyokong, adakah khidmat Rizal akan digunakan Datuk Ong Kim Swee pada perlawanan minggu ke-14 itu selepas kontroversi melibatkannya.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram