Moon-sik hadir ke SSI dengan mentaliti berbeza, tidak mahu TRW kibar bendera putih terlalu awal


  • Podium
  • Rabu, 08 Mac 2023

Antara babak perlawanan ketika TRW menentang JDT pada tahun lalu. — Bernama

MENJELANG perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) menentang Kelantan FC pada Sabtu ini, sudah tentu memberi debaran buat bukan sahaja para pemain, malah penyokong di kedua-dua pasukan tersebut.

Apatah lagi, JDT diketahui sebagai kelab yang menjuarai Liga Super selama beberapa musim bakal memberi cabaran besar buat pendatang baharu liga, The Red Warriors (TRW).

Namun, bagi Ketua Jurulatih TRW, Choi Moon-sik, pasukannya tidak perlu gentar memikirkan sebarang gelaran buat JDT, sama ada dikenali sebagai kelab gergasi mahupun juara dunia sekali pun.

file7oqpxh96o8lssyg9inq

Moon-sik tidak mahu mendedahkan secara umum tentang corak permainan yang bakal diciptanya. — Facebook TRW

"Anda berlawan untuk menang, jika anda mempunyai mentaliti lain, anda akan berada di padang dengan mentaliti rendah," katanya seperti diterjemah di laman Facebook Jay Thai.

Ketika ditanya mengenai resipi rahsia untuk menentang Harimau Selatan dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu, Moon-sik menegaskan bahawa, perkara itu sepatutnya tidak perlu dihebahkan secara umum tentang apa yang bakal dilakukan sehingga pasukannya memperoleh kemenangan.

"Jika kita pergi untuk menang tapi kita pulang dengan hampa, kita perlu fikir bahawa kita sudah melakukan yang terbaik," katanya.

333586288_1336893867162325_7220035112286447706_n

Aksi pemain TRW ketika menentang Penang FC baru-baru ini. — Facebook TRW

Bercakap mengenai kad merah yang dilayangkan kepada salah seorang pemain import, Christian Rotini ketika menentang Penang FC baru-baru ini, Moon-sik berkata, perkara itu tidak langsung menempangkan pasukannya pada perlawanan seterusnya.

"Semua pemain adalah sama, hilang seorang takkan tak boleh main," jelasnya.

TRW kini berada di tangga ketujuh Liga Super, selepas mengutip tiga mata dan menang satu daripada tiga perlawanan.

Sementara itu, berada di kedudukan teratas ialah JDT selepas memperoleh sembilan mata dan menang ketiga-tiga perlawanan yang ditempuhi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram