Nixon sah sertai kelab Bolivia, cuma tiba-tiba nama Yasmin Aziz jadi 'panas' sesama fans TRW


  • Podium
  • Ahad, 05 Mac 2023

Nixon (kiri) dan Yazmin (kanan) pernah menjalinkan hubungan cinta ketika bintang import Brazil itu beraksi bersama Kelantan. — Facebook

BEKAS penyerang import Kelantan FC, Nixon Guylherme sah menyertai Real Tomayapo yang berpangkalan dalam Liga Bolivia.

Selepas satu musim yang kurang memberangsangkan bersama Kelantan FC, pemain kelahiran Brazil itu terpaksa disisihkan daripada skuad berikutan isu kecergasan dan masalah kecederaan.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini dibawa masuk sebelum permulaan musim 2022 selepas muncul sebagai antara pemain terbaik Liga Bangladesh bersama Chittagong Abahoni.

Prestasi dan reputasi itu bagaimanapun tidak berjaya disambung di kelab Pantai Timur itu apabila dia hanya berjaya mencatatkan 12 penampilan dengan empat gol berjaya dijaringkan.

Ketika bersama skuad The Red Warriors (TRW), Nixon sempat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang penyanyi tempatan, Yazmin Aziz sekali gus mengundang pelbagai kontroversi.

Namun, hubungan mereka dilihat tidak kekal lama apabila Yazmin kini sudah memiliki kekasih baharu yang juga merupakan seorang atlet bola keranjang.

Nixon kini bersama Real Tomayapo. Instagram

Dalam ruangan komen, penyokong Kelantan dilihat meraikan pemergian Nixon dan ada mengatakan dia datang ke Malaysia hanya untuk mencari kekasih.

"Datang sini (Malaysia) nak cari kekasih sahaja, bukan nak main bola pun," ujar Muhd Faiz.

"Awek tinggal dekat sini atau ikut sekali pergi Bolivia," kata Syed Umar.

"Biarlah dia pergi kelab Bolivia itu, sikit pun tak rasa ralat," luah Pak Nik.

"Kalau dia main sama macam pusingan pertama liga, power dia ini pandai pegang bola dan hantaran dia pun baik," jelas Azman Alias.

Sebelum ini, bekas penyerang dari Brazil yang memakai jersi nombor 9 di TRW itu mengakui masih merindukan aura luar biasa di Kota Bharu selepas diumumkan tidak lagi bersama Kelantan FC bagi musim ini.

Dia juga turut sempat memberikan komen buat Kelantan FC apabila mereka tewas 1-4 ke atas pasukan Sri Pahang FC pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram