Baru sehari, tetapi bekas bintang Penang FC pamer semangat 'lain macam' di Kelantan


  • Podium
  • Rabu, 08 Feb 2023

Rontini dilihat bersemangat berkhidmat di TRW. — Facebook Kelantan FC

MENJELANG Liga Super yang bermula 24 Februari ini, sudah pasti setiap pasukan tidak sabar untuk memanaskan suasana padang, menerusi perlawanan sengit bagi merebut gelaran juara pada musim akan datang.

Dengan hanya kurang sebulan sebelum jendela perpindahan ditutup, setiap pasukan masih ada peluang untuk menentukan pemain dalam skuad masing-masing

Keputusan tersebut boleh dibuat sama ada dengan mengekalkan bintang sedia ada mahu pun mendapatkan khidmat bintang baharu.

Baru-baru ini, Kelantan FC terbuka mendapatkan sentuhan daripada bekas bintang Penang FC, Christian Rontini.

Secara awal, kehadiran Rontini ke dalam skuad The Red Warriors itu nampaknya bukanlah pilihan salah, yang mana pemain kacukan Filipina-Itali itu dilihat menunjukkan semangat berkobar-kobar berlatih di padang, meskipun baru sehari menyertai pasukan itu.

Perkara itu diakui oleh rata-rata penyokong The Red Warrior (TRW) yang mahukan perubahan skuad tersebut.

Screenshot 2023-02-08 003409

Aksi Rontini (kanan) ketika sesi latihan bersama TRW baru-baru ini. — Facebook Kelantan FC

Farid Yusoff menulis: "Sebenarnya ada kelebihan dapat ambil pemain import Asean ini walau ramai yang menganggap taraf pemain tempatan. Kena fahamlah harganya bukannya mahal seperti import luar. Standard permainan mereka lebih kurang pemain tempatan tapi rasanya gaji lagi jimat import Asean.

Onyxboy Mx berkata: "Baru sampai dah training. Mantap. Harap boleh perform game nanti."

TN Amirin menambah: "Muda-muda ni molep. Bare boleh asah lagi. Harap coach beri ilmu kepadanya. Sebab dia perlukan lebih ilmu pengetahuan dalam bola sepak. Gomo Kelate Gomo."

Zainal Abidin dalam loghat Kelantan berkata: "Sedak napok ko pesen tahun ni."

Ujar Rahim Rosso: "Saya tengok masa lawan Johor Darul Takzim (JDT) dia main okay, sesuai dengan umur ilmu masih cetek lagi walaupun pernah main untuk pasukan kebangsaan Filipina. Harap tahun ini dia bertambah matang dalam permainan."

Rontini memulakan karier bersama Verbania, sebelum beraksi untuk Sangiovannese dan Antella 99.

Semasa bersama skuad Harimau Kumbang, Rontini membuat 16 penampilan musim lepas.

Mampu beraksi sebagai pemain tengah bertahan atau bek tengah, keupayaannya beraksi di pelbagai posisi dilihat bakal memberi banyak pilihan kepada ketua jurulatih TRW, Choi Moon-sik.

Rontini juga pernah membuat beberapa penampilan bersama Filipina. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram