SELEPAS berjaya mendapat penyerang dari Gambia, Nuha Marong, Kelantan FC dikatakan selangkah lagi akan melengkapkan perpindahan seorang tonggak import baharu untuk memperkukuh barisan serangan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023.
Pemain yang dimaksudkan ialah penyerang kelahiran Nigeria, Ishmahil Akinade yang sebelum ini pernah beraksi dalam saingan Lga Bangladesh, Sheikh Russel FC.
Semusim bersama Sheikh Russel FC, pemain berusia 28 tahun itu mencetak enam jaringan dalam 10 penampilannya dan Akinade berjaya membantu meletakkan pasukan berkenaan di kedudukan keenam.
Akinade dikatakan akan menjadi gantingan terbaik bersama Marong. — Agensi
Tidak dinafikan ada penyokong yang menyambut baik kehadiran Akinade ke kelab berpangkalan di Pantai Timur itu namun terdapat juga peminat lebih cenderung untuk melihat bekas bintang kembali ke kem Kelantan.
Bekas tonggak import skuad TRW, Dimitri Petratos dinantikan untuk kembali ke bumi Kelantan dan penyokong mempercayai pengalamannya beraksi di peringkat Piala AFC mampu menyelamatkan Kelantan musim ini.
"Semoga ada jodoh dengan TRW. #dimi (Dimitri)," tulis penyokong TRW, Naem Zainudin.
Petratos yang kini bersama kelab Liga Super India, ATK Mohun Bagan pada 2022 dilihat masih konsisten menampilkan persembahan cemerlang dengan rekod tujuh gol, enam hantaran bantuan dalam 14 penampilannya.
Petratos mulai menyertai Mohun Bagan pada Julai 2022. — Instagram/Petratos
ATK Mohun Bagan kini menduduki tangga keempat liga dengan ketinggalan lapan mata dari pendahulu liga, Mumbai City.
Sewaktu bersama Kelantan pada musim 2012-2013, pemain berusia 30 tahun itu merekodkan 21 jaringan dengan dalam 19 penampilan sebelum berhijrah ke kelab Australia, Brisbane Roar.
Petratos juga mempunyai pengalaman membawa Kelantan mara ke suku akhir Piala AFC 2013 dan telah menjaringkan empat gol dalam saingan kejohanan tersebut.
Pemain tengah menyerang itu juga pernah berada dalam senarai akhir 23 orang pemain yang akan mewakili Australia pada Piala Dunia 2018. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram