Berani ambil risiko, karier bintang import terbaharu TRW nyaris terkubur


  • Podium
  • Rabu, 01 Feb 2023

Izzy sebelum ini pernah beraksi di liga Iran, Vietnam dan Bangladesh. — Agensi

MEMULAKAN Liga Super musim depan, Kelantan FC menampilkan beberapa pemain import baharu dan seorang daripadanya ialah Ismahil Akinade.

Pemain kelahiran Nigeria berketinggian 1.90 meter yang sebelum ini beraksi di Liga Bangladesh bersama kelab Sheikh Russel FC itu dilihat mampu membantu skuad The Red Warriors melakar keputusan lebih baik bagi musim 2023.

Ismahil yang juga dikenali dengan nama Izzy mempunyai pengalaman yang luas dalam Liga Ireland bersama Waterford FC, Bohemian FC dan Bray Wanderers FC dengan jumlah keseluruhan 35 gol serta 25 bantuan jaringan berjaya dicatatkan pemain itu sejak mula bertapak di Ireland pada tahun 2012 hingga 2019.

Selain itu, Izzy juga mempunyai pengalaman beraksi bersama tiga kelab di Asia iaitu liga Vietnam bersama Ha Tinh FC, Da Nang FC, Ho Chi Minh City FC dan sebuah kelab dari Liga Iran iaitu Al Etisalat FC sebelum ini.

Namun, di sebalik kejayaan yang dikecapi Izzy, pemain berusia 25 tahun itu pernah berdepan dengan situasi yang menakutkan apabila kerjayanya seolah-olah berada di hujung tanduk.

D95y7wSWwAAmrii

Izzy pernah berdepan risiko kehilangan kerjaya sebagai pemain bola sepak sebelum ini. — Agensi

Ini kerana, dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang limpanya ekoran kekurangan platlet darah pada 2017.

Namun, dia ketika itu tetap beraksi bersama dengan kelab Bohemians FC walaupun doktor menasihatkannya supaya tidak mengambil risiko dengan bermain bola.

Memetik portal Of The Ball, pembedahan itu sangat berisiko buat Izzy kerana kerjayanya sebagai pemain bola sepak boleh berakhir jika tidak dapat pulih seperti biasa.

Izzy bernasib baik kerana pembedahannya itu berjalan dengan baik dan dia juga dapat kembali beraksi di liga Ireland.

Malah, ketika di liga itu juga, pemilik kelab Wateford FC, Alan Reynolds turut mengakui yang Izzy merupakan pemain yang baik ketika dia membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab lain.

Ketika perpindahan Ismahil ke Liga Vietnam, Alan pernah mengakui bahawa pemain itu telah bekerja keras dan berjasa kepada pasukannya.

"Kami menandatanganinya selepas mendapat promosi dua musim lalu dan dia menjaringkan beberapa gol penting.

“Kami berterima kasih kepadanya atas kerja keras dan usaha sepanjang 18 bulan beliau beraksi di atas padang.

“Dia akan dirindui di dalam dan di luar padang kerana merupakan pemain yang sangat popular dalam skuad," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram