SELEPAS beberapa lama memanaskan bangku simpanan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid akhirnya diumum bakal berhijrah untuk meneruskan karier di Liga 1 Thailand.
Penyerang dan pemain sayap lincah berusia 25 tahun itu memilih untuk menyertai Ratchaburi FC yang sedang masih berusaha keras untuk mencabar kejuaraan.
Tidak terhenti setakat itu, seorang lagi pemain sayap JDT, Akhyar Rashid yang juga sering diletakkan di bangku simpanan JDT turut dikaitkan dengan pinjaman ke pasukan lain.
Desas-desus menyatakan bahawa, pemain berusia 23 tahun itu akan menyertai salah sebuah pasukan Pantai Timur.
Pasukan Terengganu FC dijangka akan mendapatkan khidmat Akhyar, yang juga dikenali sebagai Mat Yat untuk mendapatkan lebih minit permainan untuknya.
Mat Yat ketika ini berada di bangku simpanan JDT. — Instagram Akhyar
Kehadiran Akhyar ke dalam skuad kendalian Tomislav Steinbruckner atau Tomi sudah pasti akan menguatkan jentera serangan pasukan, sementara jendela perpindahan masih dibuka.
Namun, ketika ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada skuad Sang Penyu tentang perkara itu.
Berdasarkan tinjauan di media sosial, khabar angin itu turut dipersetujui rata-rata penyokong naib juara Liga Super 2022 itu yang cukup tertarik akan kemampuannya.
Izzat Otp menulis: "Moleklah. Winger TFC pun lemah."
Fakrul Hafizi berkata: "Luluslah kalau Akhyar."
Tambah Abu Bakar: "Insya-ALLAH, kalau ada niat dia nak main di pasukan ni, moleklah. Bukan nak puji tapi kawalan bola kemas, berlari pantas bersama bola lekat dekat kaki. Boleh hidup rentak permainan menyerang. Sesuai pengganti Faisal Halim."
Ketika ini, graduan Kedah Darul Aman (KDA) FC itu sedang bersama skuad Harimau Selatan yang mengadakan sesi pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,