‘Judge before you critique’, Lord Paula respons lepas didakwa ‘mengamuk’ tersisih sesi pramusim di Dubai


  • Podium
  • Sabtu, 04 Feb 2023

Khidmat De Paula dilihat semakin tidak diperlukan skuad Harimau Selatan. — Facebook/Johor Southern Tigers

SELEPAS timbulnya spekulasi mengenai masa depannya bersama kelab Johor Darul Takzim (JDT), Guilherme de Paula pantas menepis perkhabaran yang tersebar dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan itu.

Ura-ura itu sebelum ini timbul apabila pemain berusia 37 tahun itu dilihat tidak bersama skuad Harimau Selatan yang ketika ini sedang mengadakan sesi latihan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mungkin menyedari perkara itu semakin hangat diperkatakan, de Paula seakan-akan menghantar mesej tersirat menerusi akaun Instagram peribadinya pada Sabtu malam.

Hantaran InstaStory yang dibuat menerusi perkongsian semula sebuah video pendek itu difahamkan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu cepat melakukan andaian.

"Sebelum anda menilai, sebelum anda mengkritik, sebelum anda melakukan andaian mengenai hidup seseorang, ingatlah bahawa anda cuma mengetahui apa yang anda ketahui," kata video tersebut.

WhatsApp Image 2023-02-04 at 20.03.19

Hantaran InstaStory de Paula seakan-akan mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

De Paula sebelum ini dikhabarkan tidak akan bersama skuad senior Harimau Selatan selepas kemampuan dan sentuhannya di hadapan pintu gol semakin terjejas dengan usianya.

Selain itu, terdapat juga beberapa laporan yang menyebut bahawa dia akan diletakkan bersama pasukan simpanan JDT untuk berentap di samping pemain berusia Bawah 23 Tahun (B-23).

Pada Jumaat, pemain naturalisasi negara itu dilihat mengikuti latihan JDT II dan ia bermakna penyerang berusia 36 tahun itu tidak berada di Dubai bersama skuad utama dalam siri jelajah juara bertahan Liga Super tersebut.

Kelibatnya bersama JDT II itu mencuri perhatian namun baru-baru ini De Paula dilihat memberi maklum balas kurang sopan kepada penyokong yang memuat naik gambarnya.

"B*bi," tulisnya.

WhatsApp Image 2023-02-03 at 18.04.00

Hantaran dari No Context Bola Malaysia berhubung reaksi De Paula.

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan ia adalah satu hantaran yang direka oleh penyokong memandangkan De Paula tidak bersama kem latihan skuad utama di Dubai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram