Tersisih sesi pramusim di Dubai, penyokong dakwa Lord Paula 'mengamuk'


  • Podium
  • Jumaat, 03 Feb 2023

Sejak menyertai Penang FC pada musim 2021, De Paula hanya tampil dalam lima perlawanan. — Facebook/JDT

BUKAN hanya kelab di Liga Super sahaja yang sedang fokus melakukan persiapan seperti melaksanakan perlawanan persahabatan, malah pasukan Liga Simpanan juga rancak membuat latihan pramusim.

Meskipun saingan Liga Simpanan dibuat untuk pemain dalam lingkungan Bawah 23 tahun (B-23) namun Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) juga membenarkan setiap pasukan untuk menampilkan pemain senior.

Bukan itu sahaja, bagi merancakkan lagi saingan Liga Simpanan, pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu menganjurkan Kejohanan Piala MFL yang dibahagi kepada dua kumpulan.

Menarik perhatian penyokong apabila kejohanan berkenaan akan diwarnai dengan kehadiran pemain berpengalaman, Guilherme De Paula yang akan mewakili Johor Darul Takzim (JDT) II.

Pemain naturalisasi negara itu dilihat mengikuti latihan JDT II dan ia bermakna penyerang berusia 36 tahun itu tidak berada di Dubai bersama skuad utama dalam siri jelajah juara bertahan Liga Super tersebut.

Kelibatnya bersama JDT II itu mencuri perhatian namun baru-baru ini De Paula dilihat memberi maklum balas kurang sopan kepada penyokong yang memuat naik gambarnya.

"B*bi," tulisnya.

WhatsApp Image 2023-02-03 at 18.04.00

Hantaran dari No Context Bola Malaysia berhubung reaksi De Paula.

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan ia adalah satu hantaran yang direka oleh penyokong memandangkan De Paula tidak bersama kem latihan skuad utama di Dubai.

Dalam pada itu, ada juga penyokong yang memberi cadangan agar De Paula bermain sebagai pinjaman di kelab lain daripada menurunkan pangkatnya ke Liga Simpanan.

"Tidak terlambat lagi untuk dia minta dipinjamkan/dipindahkan sebab dia ada nilai dalam karier dia," komen penyokong bola sepak, Marco Negeri.

"Tidak boleh disalahkan dia. Karier dia dah di penghujung, dia akan kekal di JDT. Tiada lagi yang boleh dia dibuktikan dalam kariernya," komen Palatao Bola.

Untuk rekod, De Paula mula menyertai JDT pada Mei 2021 dan sepanjang bersama skuad Harimau Selatan, dia hanya berjaya membuat lima penampilan sahaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram