JDT boleh 'tidur lena' jika hilang khidmat Corbin Ong


  • Podium
  • Sabtu, 04 Feb 2023

Corbin Ong merupakan tonggak penting buat benteng JDT. — Bernama

SIRI jelajah pramusim pasukan gergasi, Johor Darul Takzim (JDT) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) nampaknya berjalan dengan lancar apabila berjaya merekodkan tiga kemenangan daripada empat perlawanan yang diadakan setakat ini.

Satu-satunya kekalahan yang dihadapi skuad di bawah bimbingan Esteban Solari ialah ketika aksi pertama pramusim ketika tewas 0-2 di tangan kelab Russia, FC Rostov.

Tiga perlawanan lain menayksikan Harimau Selatan menang menentang FC Levski Sofia (1-0), Fursan Hispania FC (3-0) dan terbaharu, FC Lokomotiv Moscow 1-0.

Aksi pramusim itu bukan hanya bertujuan untuk menguji keserasian pemain Harimau Selatan, malah ia juga merupakan platform terbaik buat pengendali dari Argentina itu mencari kesebelasan terbaik JDT.

Dalam siri jelajah di bumi Asia Barat itu, persembahan dari beberapa pemain baharu berjaya mencuri tumpuan sehingga ia diyakini mampu menjadi pengganti tonggak sedia ada Harimau Selatan.

WhatsApp Image 2023-02-03 at 23.10.31

Arribas menyertai JDT pada musim 2023.

Antara pemain baharu yang dilihat akan menjadi tunjang kepada Harimau Selatan musim ini ialah pemain kacukan Sepanyol-Filipina, Oscar Arribas.

Arribas yang kini diberi tanggungjawab untuk bermain di posisi bek kiri dijangka berkemampuan menggantikan pemain berpengalaman JDT, Corbin Ong.

Sebelum ini, pemain warisan negara itu merupakan tonggak utama untuk mengemudi bek kiri JDT dan perkara itu boleh dilihat apabila Corbin sering diberi kepercayaan bermain 90 minit permainan.

WhatsApp Image 2023-02-03 at 23.10.12

Corbin merupakan bek kiri utama JDT sejak dia menyertai pasukan itu pada 2017.

Jika diperhatikan dalam siri jelajah persahabatan baru-baru ini, Solari banyak menggunakan khidmat Arribas di bek kiri berbanding Corbin yang hanya diturunkan sebagai kesebelasan utama sewaktu perlawanan pertama.

"Akhirnya, JDT berjaya mencari backup untuk Corbin Ong. Penggiliran pemain boleh dilakukan oleh coach Tano untuk mengharungi musim Liga Malaysia 2023 yang panjang," kata laman penyokong JDT, Darul Takzim dan Johor FA.

Untuk rekod, pemain berusia 24 tahun itu merupakan graduan akademi Alcorcon dan Arribas merekodkan 110 penampilan bersama kelab berkenaan dari 2016 hingga 2020.

Sebelum menyertai Harimau Selatan, Arribas merupakan pemain FC Cartagena dengan kontrak setahun pada musim 2020. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram