Senarai kelab bakal berentap dengan Kedah di Turkiye, Uzbekistan


  • Podium
  • Sabtu, 21 Jan 2023

Barisan kesebelasan utama Sang Kenari ketika menentang Kelantan FC pada Jumaat. — KDA FC

TATKALA Liga Super musim baharu yang dijangka membuka tirainya pada akhir Februari ini, kebanyakan pasukan dilihat sibuk menjalani pra-musim.

Luar negara dilihat destinasi terbaik bagi pasukan yang mahu menguatkan benteng masing-masing pada musim 2023, dengan Johor Darul Takzim (JDT) kendalian Esteban mengadakan pra-musim di Dubai.

Manakala, Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC, Sri Pahang FC dan Kelantan FC menjadikan Thailand sebagai destinasi pilihan.

Turut tidak terkecuali adalah Kedah Darul Aman (KDA) FC yang mengadakan program pra-musim selama seminggu di Turkiye.

Sepanjang berada di negara tersebut, skuad Helang Merah bakal mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab Turkiye dan Uzbekistan.

Sementara itu, pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, beliau hanya sempat menyaksikan kemenangan 2-0 pasukan tersebut menentang Kelantan FC secara atas talian, berikutan menghadiri dua mesyuarat di Dubai pada Jumaat.

Beliau menzahirkan rasa tenang atas persembahan ditunjukkan skuad Helang Merah, yang mana semua pemain diberi peluang menunjukkan kesungguhan dan kemahiran masing-masing.

Screenshot 2023-01-21 171508

Aksi teruja pemain Kedah selepas kemenangan menentang Kelantan FC pada Jumaat. — KDA FC

"Peluang memburu barisan sebelas pemain utama masih terbuka. Perlawanan yang berfrekuensi tinggi inilah yang akan menyerlahkan sikap, watak, cara fikir dan personaliti masing-masing.

"Syabas dan tahniah kepada coach dan pasukan kejurulatihan. Syabas dan tahniah juga kepada semua pemain," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Pada masa sama, beliau menyatakan rasa berdebar apabila Kedah dijangka bakal bermain dengan empat perlawanan di Turkiye dan Uzbekistan tidak lama lagi.

Berikut kemungkinan senarai kelab yang bakal dihadapi Kedah dalam siri perlawanan pra-musim.

Uzbekistan

1) Navbahor Namangan

Screenshot_22-15

Bojan Ciger antara pemain import baharu KDA FC. — KDA FC

Pertahanan baharu Kedah, Bojan Ciger pernah berkhidmat di Navbahor Namangan sebelum berkelana di Liga Malaysia bagi musim 2023.

Disebabkan ia pernah berkait rapat dengan Ciger, sudah pasti pemain dari Serbia ini boleh mendapatkan tips dari kelab itu tentang corak permainan baharu bagi menguatkan Kedah.

2) PFC Sogdiana

KLCITY-5A_1664987397

Aksi pemain PFC Sogdiana (tengah) ketika menentang KL City pada Oktober tahun lalu. — Facebook AFC

Kelab ini pernah tewas dalam penentuan sepakan penalti 3-5 di tangan Kuala Lumpur City (KL City) FC, seterusnya menyaksikan anak buah Bojan Hodak mara ke pentas final Piala AFC pada Oktober tahun lalu.

Pada masa sama, bekas pertahanan kelab itu, Sardor Kulmatov disahkan mengikat kontrak selama setahun bersama Terengganu FC (TFC) bagi mengharungi kancah Liga M musim ini.

Turkiye

1) Sivasspor Kulübü

c8853b3973584dfd885ddbefb928bf21

Pemain Sivasspor melakukan sesi latihan baru-baru ini. — Agensi

Kelab yang ditubuhkan pada tahun 1967 ini dilihat antara yang berpengaruh di Turkiye.

KDA FC mampu mencari rentak permainan apabila berdepan dengan kelab besar ini dan menjadikan pengalaman tersebut untuk berjuang dalam Liga Super musim baharu.

2) Istanbul Basaksehir

WATFORD, ENGLAND - SEPTEMBER 15: Mesut Ozil of Arsenal during the Premier League match between Watford FC and Arsenal FC at Vicarage Road on September 15, 2019 in Watford, United Kingdom. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Mesut Ozil — Agensi

Kelab yang ditubuhkan pada 1990 ini disertai oleh pemain terkemuka dari Jerman, Mesut Ozil.

Kedah boleh menggunakan waktu senggang untuk mengekalkan kecergasan pemain dalam perlawanan persahabatan bersama kelab ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram