BEKAS pemain skuad Bawah 23 tahun Paraguay, Danilo Santacruz dikhabarkan bakal memperkuatkan Selangor FC mengharungi saingan Liga Super 2023.
Lahir pada 12 Jun 1995, pemain yang memiliki ketinggian 1.77 meter mampu beraksi sebagai pemain sayap, penyerang dan tengah menyerang ini dijangka bergandingan dengan Faisal Halim serta mengisi kekosongan ditinggalkan Herlison Caion.
Memulakan karier profesional pada 2014-2018 bersama kelab Libertad sebelum menyertai kelab Nacional dalam Liga Paraguay.
Berdasarkan maklumat terkini Wikipedia, Selangor FC menjadi kelab baharu Santacruz bagi musim 2023.
Malah beberapa blog dan portal bola sepak turut mengaitkan perpindahan pemain tersebut ke skuad Gergasi Merah pada musim ini.
Selangor FC dikhabarkan menjadi kelab baharu Santacruz bagi musim 2023. — Agensi
Namun apa yang lebih mengejutkan bekas Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote dikesan 'follow' Santacruz di Instagram.
Malah seorang penyokong di Facebook mengatakan Marcote merupakan individu yang mahir membawa pemain import berkualiti ke dalam pasukan yang dibimbingnya.
"Hasil 'mata-mata' (risikan) dari Ramon Marcote mencari pilihan pemain import yang bagus.
"Dia dulu masa di Kedah pemain import dari Kedah semua padu-padu, tengok Liridon,Renan Alves dan ramai lagi," ujarnya.
Media Paraguay melaporkan Santacruz memiliki potensi besar untuk mengembangkan kariernya di luar negara. — Agensi
Dalam 19 penampilan Primera Division, penyerang berusia 27 tahun itu berjaya menyumbang lapan gol di samping mencipta dua hantaran untuk membantu pasukannya berada di tangga keenam.
Selain terkenal dengan kelincahan dalam mengawal bola, Santacruz juga difahamkan kerap turun untuk mendapatkan bola dan memberikan tekanan kepada pertahanan lawan.
Sebelum ini, media Paraguay melaporkan Santacruz memiliki potensi besar untuk mengembangkan kariernya di luar negara selepas membuktikan kebolehannya bersama Nacional. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram