Tewas di tangan UiTM FC, tiba masa Perak tambah pemain import hadapi Liga Super 2023


  • Podium
  • Sabtu, 07 Jan 2023

Perak FC tewas 1-2 di tangan UiTM FC. — Perak FC

BAGI membuka tirai Liga Super 2023, beberapa pasukan dilihat melakukan sesi pemanas badan sebelum berdepan perlawanan lebih sukar.

Selain merapatkan hubungan, perlawanan persahabatan mampu menguji stamina dan kekuatan sesuatu pasukan.

Perkara itu dilihat ketika perlawanan antara Perak FC dan UiTM FC yang diadakan di Stadium Perak, di Ipoh, Perak pada Jumaat.

Dalam perlawanan itu, Perak FC memperoleh satu gol hasil sumbangan Amirul Husaini pada minit ke-30.

Sementara itu, UiTM FC lebih cemerlang dengan memperoleh dua gol hasil sumbangan Ahmad Zhafri dan Muhammad Faris, masing-masing pada minit ke-46 dan ke-49.

Tewas di tangan UiTM FC, penyokong berpendapat skuad Seladang yang turut tersenarai dalam saingan Liga Super musim ini boleh melihat kekurangan dan kelemahan benteng pasukan.

Mohd Aizat menulis: "Bagus kalah di dalam perlawanan persahabatan. Untuk Perak FC boleh kaji di mana lagi kekurangan untuk dibaiki."

Sementara itu, ada yang menyarankan skuad The Bos Gaurus untuk mendapatkan khidmat pemain import bagi menguatkan pasukan tersebut.

John Labu: "Defend tengah sepatutnya kena ada seorang import baharu boleh pergi jauh. Nak harapkan player muda tempatan je payah juga."

Turut berpendapat sama, Mohamed Mubarak berkata: "Import kena tambah."

Tambah Rosmaini Said: "Pertahanan kena ambil import baharu pada macam Renan Alves."

Shaipul Anwar berkata: "Pertahanan kena cari yang padu. Bahagian tu paling teruk lawan kelab kecil pun bocor." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram