'Saya faham perlawanan ini penting untuk anda semua', Jay Chou tiada masalah tangguh konsert


  • Podium
  • Sabtu, 07 Jan 2023

Media sosial Jay Chou sebelum ini dihujani kecaman netizen Malaysia susulan 21,000 tiket bagi menyaksikan perlawanan bola sepak tidak dapat dijual. — Instagram Jay Chou

SETELAH didesak untuk menangguhkan konsertnya bagi memberi laluan kepada penyokong memberi sokongan kepada Harimau Malaya ketika perlawanan menentang Thailand, Jay Chaou akhirnya akur dengan gesaan itu.

Menerusi Instastory penyanyi Taiwan itu, dia bersedia menanggguhkan konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur kepada 15 Januari ini, bagi memberi peluang kepada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara dua negara tersebut pada Sabtu.

Jay Chou, 43, memberi respons terhadap luahan rasa tidak puas hati penyokong negara, selepas hanya 59,000 tiket dijual bagi perlawanan pada Sabtu malam, manakala 21,000 lagi tidak boleh dijual berikutan persediaan pentas konsert tersebut.

template - 2023-01-07T005416.169

Tangkap layar Instastory milik Jay Chou.

"Kepada penyokong bola sepak Malaysia, saya tahu perlawanan itu amat penting buat anda.

"Saya sedia memberikan kerjasama untuk menangguhkan konsert tetapi anda harus bertanya kepada persatuan bola sepak atau pengurus venue jika mereka benarkan saya untuk menangguhkannya.

"Saya OK sahaja, saya hanya mahu menyanyi untuk peminat," tulisnya.

Terdahulu, akaun media sosial Jay Chou termasuk Facebook dan Instagram diserang penyokong Harimau Malaya yang tidak berpuas hati kerana 21,000 tiket tidak dapat dijual disebabkan persediaan pentas bagi menjayakan konsert itu.

Selain meluahkan rasa tidak puas hati, mereka juga menuntut penyanyi itu supaya menangguhkan konsertnya bagi memberi laluan kepada penyokong atau 'pemain ke-12' memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram