Bagaikan Cinderella, KL City ke final Piala AFC


  • Podium
  • Khamis, 06 Okt 2022

Antara aksi perlawanan KL City menentang PFC Sogdiana pada Rabu.

SEUMPAMA kisah dongeng Cinderella, Kuala Lumpur City (KL City) FC berjaya membenam Uzbekistan, PFC Sogdiana menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 dalam perlawanan akhir Antara Zon Piala AFC 2022 pada Rabu.

Dalam perlawanan di Kompleks Sukan Sogdiana, Jizzakh itu, penjaga gol KL City, Kevin Mendoza menjadi wira selepas menyelamatkan sepakan Shahkhboz Djurabekov selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa sebenar permainan.

Giancarlo Galllifuco kemudiannya menjaringkan penalti kemenangan, sekali gus membantu pasukan Lembah Klang itu layak ke perlawanan akhir Piala AFC.

Selepas 90 minit perlawanan, kedua-kedua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan, meskipun wakil Uzbekistan itu jelas menguasai permainan.

Namun, keutuhan anak-anak buah Bojan Hodak jelas membolehkan pasukan itu menyekat segala percubaan daripada pihak lawan, lebih-lebih lagi menerusi pemain import Galllifuco.

The City Boys selepas ini bakal berdepan pasukan Oman, Al-Seeb dalam perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada 22 Oktober ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram