Jurulatih Liga Super antara calon buruan kelab seberang


  • Podium
  • Selasa, 27 Sep 2022

PSIS Semarang setakat ini masih belum mempunyai ketua jurulatih selepas Alexandre dipecat daripada jawatan itu pada bulan lalu. — Agensi

PSIS Semarang setakat ini masih belum mempunyai ketua jurulatih selepas Sergio Alexandre dipecat daripada jawatan itu pada bulan lalu.

Ketika itu, keputusan pengurusan PSIS dipersoal penyokong kerana Alexandre datang ke Semarang hanya beberapa minggu sebelum Liga 1 2022/2023 berjalan.

Dengan ketiadaan Alexandre, tempat itu digantikan oleh Achmad Resal Octavian sebagai jurulatih sementara.

Berikut merupakan dua calon jurulatih yang berada dalam radar kelab tersebut.

028010100_1580298918-20200129_PSM_Makassar_Vs_Lalenok_United_09

Bojan memiliki pengalaman kerjaya di Indonesia memandangkan dia pernah membimbing PSM Makassar. — Agensi

1) Bojan Hodak

Bojan ialah jurulatih yang mempunyai reputasi baik di Asia Tenggara. Jurulatih Croatia itu baru sahaja membawa Kuala Lumpur FC ke perlawanan akhir zon ASEAN Piala AFC 2022.

Dia juga mempunyai pengalaman kerjaya di Indonesia memandangkan dia pernah membimbing PSM Makassar.

Baru-baru ini, Bojan mendapat perhatian penyokong PSIS Semarang kerana dia didapati mengikuti akaun Instagram kelab itu.

Penyokong PSIS lantas mengisi ruangan komen media sosial PSIS Semarang dan Bojan dengan kata-kata aluan mesra.

063317600_1657872734-gaya_pelatih_borneo_fc__milomir_seslija_saat_memimpin_timnya_di_final_pertama_piala_presiden_2022_di_malang__2_

Seperti Bojan, Seslija juga antara jurulatih yang sangat berpengalaman di Indonesia. — Agensi

2) Milomir Seslija

Nama lain yang turut berada dalam radar kejurulatihan PSIS ialah Milomir Seslija. Seperti Bojan, jurulatih dari Bosnia Herzegovina itu juga sangat berpengalaman di Indonesia.

Seslija juga baru-baru ini mencipta kejutan selepas dikhabarkan bahawa dia dipecat daripada jawatannya sebagai jurulatih Borneo FC Samarinda.

Pemecatan Seslija menimbulkan tanda tanya kerana skuad Pesut Etam sebenarnya beraksi dengan baik pada musim ini selepas mara ke final Piala Presiden 2022. Borneo FC turut berada di kedudukan kelima dalam kedudukan Liga 1 2022/2023. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram