SECARA tiba-tiba, nama KL City FC menjadi tumpuan dalam bola sepak tempatan terutamanya selepas membelasah kelab Indonesia, PSM Makassar, 5-2, dalam final Zon ASEAN Piala AFC di Stadium Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Apa yang diraih KL City FC sebenarnya bukanlah sesuatu yang disengajakan tetapi sudah dirancang sejak dua musim yang lalu.
Kelab kendalian Bojan Hodak bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard sebenarnya mempunyai perancangan yang teliti dan kini mula membuahkan hasil.
Pemerhati bola sepak, Don K-Rul Izham berkata, Bojan cukup pakar dalam aspek taktikal dan kepimpinan manakala Stanley pula lebih arif kepada hal ehwal pemain terutamanya urusan keluar masuk.
Bojan Hodak menjadi individu penting kepada kegemilangan KL City FC. — Facebook/KL City FC
"Musim 2021, mereka sudah memulakan projek meremajakan skuad warga kota ini. Stanley telah menyiapkan tujuh pemain B23 untuk dimasukkan dalam pelan learning process.
"Pertama membawa Haqimi Azim (19 tahun), Ryan Lambert (22 tahun), Alif Safwan (21 tahun) dan Anwar Ibrahim (22 tahun) sebagai pemulaan. Langkah seterusnya menaikkan pemain-pemain seperti Izreen Izwandy (21 tahun), Arif Shaqirin (21 tahun) dan Azim Amin (20 tahun).
"KL City FC juga bijak dalam urusan perpindahan pemain. Transfer mereka semua bawah 30 tahun jika tidak silap. Mereka membawa Romel Morales (25 tahun), Kevin Ray (27 tahun), Kamal Azizi (28 tahun), Daniel Ting (27 tahun), Giancarlo (27 tahun), Irfan (27 tahun) dan Hadin (27 tahun).
"Kenny dan J. Partiban pula menunjukkan kecerdasan Stanley dalam merebut peluang, sekali lagi dua pemain tersebut merupakan tonggak utama musim 2021," katanya.
Hasilnya, kelab itu berjaya menamatkan musim di tangga keenam Luga Super 2021, menang Piala Malaysia dan mendapat slot AFC 2022.
Kemelut KL City FC
Memasuki liga musim 2022, KL City FC mula dilanda kemelut dengan kehilangan penyerang utama mereka, Daniel Ting.
Kejayaan KL City FC di AFC Cup Zon Asean berjaya mengharumkan nama negara. — Facebook/KL City FC
Selain itu, Da Sylva dan Kyrian Nwabuaeze juga mengalami kecederaan manakala prestasi Kevin Koubemba pula tidak mempunyai prestasi yang cukup baik untuk pasukan.
"Di sebalik masalah-masalah berlaku, Stanley masih menetapkan pendirian dia seperti mahu menurunkan purata umur pemain KL bagi musim 2022 dan paling utama mengekalkan karakter permainan cara Bojan mahukan.
"Dari segi first-team player, KL tak ubah ketara. Zhafri, Kamal, Ryan, Josue, Romel, Akram, Giancarlo antara big character sistem Bojan," katanya.
Katanya lagi, KL City FC kemudian terus mengambil pemain muda iaitu Nik Umar, 20; Azri Ghani, 23; Nabil Hakim, 23 tahun; Declan Lambert, 23 dan Azhar Apandi, 23 tahun.
Jelasnya, KL City FC tidak mempunyai pasukan feeder tetapi masih mempunyai cara untuk mengambil pemain muda.
KL City FC meraikan kejayaan hasil usaha keras yang dirancang sejak dua musim yg lalu. — Facebook/KL City FC
"Sebenarnya apa mereka berdua lakukan sangat baik untuk kelab dan juga memperbesarkan pool pemain tempatan. Dengan bajet tak seberapa juga, kebijaksanaan dua orang ini amat penting melibatkan urusan dalam atau luar padang," katanya.
Tambahnya, apa yang dilakukan KL City FC membuktikan bahawa bola sepak bukan sekadar 90 minit atas padang tapi skill serta teknik dalam menguruskan juga perlu betul.
Hasilnya, pasukan itu sedang menikmati usaha keras yang telah dirancang sejak dua musim yang lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram