KEJAYAAN Kuching City FC membenamkan pasukan Selangor FC II dengan kemenangan tipis 1-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Negeri Sarawak pada Rabu bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Ini kerana di atas kertas, kelebihan sememangnya berada di pihak skuad 'The Cats' kerana mereka bukan sahaja bermain di laman sendiri, malah berada di kedudukan lebih baik berbanding pasukan pelawat.
Kuching City FC berada di kedudukan keempat setelah mengumpul 30 mata dalam 16 perlawanan sekali gus berada di posisi selesa berbanding Selangor II FC yang akur di tangga kelapan.
Bagaimanapun, aspek yang menarik perhatian penyokong adalah sosok yang menjadi wira buat pasukan Kuching City FC pada malam itu, Rames Lai Ban Huat.
Sepakan hantaran silang yang dilakukan pada minit ke-24 yang dilakukan pemain pertahanan berusia 42 tahun tersebut terus memasuki gawang lawan.
Ini merupakan gol sulung Rames pada musim ini bersama Kuching City selepas 15 perlawanan dan ia dicatatkan ketika aksi getir untuk memastikan pasukan itu kekal di kedudukan terbaik Liga Perdana.
Penyokong berharap Rames boleh terus kekal bersama Kuching City FC. — Facebook/ Kuching City FC
Zarul Razali berkata "Tahniah Kuching City FC. Otai masih berbisa. Kekalkan momentum kemenangan sampai habis musim nanti.
"Harap Rames kekal untuk musim akan datang dan kembali bermain di Liga Super," jelas John Hawkin.
"Terima kasih atas gol magis dari Rames sudah cukup menghadiahkan mata kemenangan dan kecekapan penjaga gol, Saiful Wazizi menafikan percubaan berbahaya pasukan Selangor II FC," kata Zamri Alias.
Muhammad Rizal Idan pula menambah" "Wow legenda yang dapatkan jaringan. Terima kasih dan tahniah pasukan," katanya.
"Steady par! Macam tidak percaya tengok semalam," tambah Ray Lawai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram