Setiap hari cacat lain, taktik pengemis warga asing sudah dihidu


  • Tular
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Aksi mengemis dua warga Rohingya di Shah Alam baru-baru ini.

TIDAK dinafikan orang Malaysia terkenal dengan sifat pemurah dan gemar bersedekah membantu golongan susah tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Namun begitu, ada yang cuba mengambil kesempatan dengan sifat suka bersedekah masyarakat kita sekali gus menjadikan 'kerjaya' mengemis sebagai satu pekerjaan tetap.

Aktiviti mengemis yang kini kebanyakannya dimonopoli warga asing kian berleluasa sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan menimbulkan kebimbangan umum.

Bermodalkan aksi raih simpati kononnya sakit,membawa kanak-kanak dan menunjukkan kecacatan, itu antara taktik licik mereka bagi mendapatkan hasil sumbangan orang ramai.

Melalui satu video tular di TikTok syai990, aksi dua orang pengemis menarik perhatian umum kerana kegiatan meminta sedekah itu didakwa melibatkan dua orang pengemis disyaki warga Rohingya.

Kedua-dua pengemis itu memakai pendakap leher untuk menagih simpati orang ramai.

Kejadian itu dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Batu Tiga, Shah Alam.

Menerusi video terbabit, kedua-dua pengemis itu menuju ke arah berasingan sebelum meminta sedekah.

Aksi mereka menoleh ke kiri dan ke kanan mencetuskan tanda tanya tentang sakit yang dialami kerana mereka dilihat memakai pendakap leher kononnya mengalami sakit di bahagian tengkuk.

Video yang tular sejak Khamis itu mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada yang mendakwa warga asing itu selalu kelihatan mengemis di sekitar Lembah Klang.

"Pengemis tersebut akan selalu berada di Putrajaya, Batu Tiga Shah Alam dan seluruh Selangor," kata kek durian Putrajaya,

Menurut Muhamad48251, salah seorang daripada pengemis itu akan menggunakan modus operandi kelihatan cacat setiap hari untuk meraih simpati.

"Semalam patah tangan, hari ini patah tengkuk.

"Risau pulak aku, esok dia patah kaki," tulisnya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Tria_ meminta orang ramai melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuas.

"Maaf, warga Rohingya ini patut dilaporkan pada pihak polis. Orang Malaysia sampai mati bekerja cari duit, mereka senang-senang minta.

"Kita kesian tapi mereka ambil kesempatan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram