Pura-pura tanya lokasi tandas sebelum rembat motor pengetua tahfiz


  • Benua
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan kejadian kecurian motosikal di sebuah surau sekolah tahfiz. — Agensi

NASIB malang menimpa seorang pengetua sekolah selepas motosikal kesayangan yang diletakkan berhampiran surau sekolah dicuri dalam kejadian pada Rabu lepas.

Mangsa, Don Sasria yang juga pengetua sekolah Yayasan Tahfiz Rahmatul Aisy II Alahan Panjang memberitahu bahawa motosikal itu ditinggalkan dalam keadaan berkunci ketika kejadian.

"Selalunya saya parkir motosikal ini dalam pagar dalam kawasan sekolah dan kebetulan ketika kejadian, pelajar asrama sedang solat Asar.

"Jadi saya parkir di surau bersebelahan sekolah. Kebetulan di belakangnya ada jalan kecil," katanya seperti dipetik iNews.id pada Jumaat.

Rakaman CCTV menunjukkan kejadian kecurian motosikal di sebuah surau sekolah tahfiz. — Agensi

Tambahnya, ketika kejadian, ada seorang anak pengajar di luar surau dan duduk di motosikal miliknya sebelum dia didatangi dua orang lelaki yang bertanya lokasi tandas.

“Apabila budak itu pergi, salah seorang suspek menghampiri motosikal saya dan melarikannya,” katanya.

Don berkata, selepas kejadian itu, dia membuat laporan polis.

Kejadian yang berlaku di Solok, Sumatera Barat, Indonesia itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV)

“Wajah kedua-dua suspek tidak dapat dilihat kerana mereka memakai topi keledar dan memakai pelitup muka,” katanya.

Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua suspek menggunakan Honda Scoopy berwarna merah melarikan motosikal Honda Beat berwarna biru putih milik Don. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram