Twinkiller Kelantan FC diramal ancaman terkini liga musim depan


  • Podium
  • Selasa, 16 Ogos 2022

Twinkiller Kelantan FC yang berpontensi menjadi ancaman dalam saingan liga musim depan. — Facebook/TRW Kelantan FC

BERBAKI tiga perlawanan sahaja lagi bakal menyaksikan Kelantan FC bergelar juara Liga Perdana.

Hanya berbeza lima mata dengan JDT II yang kini berada di tangga kedua, The Red Warriors perlu berhati-hati untuk mengelak sebarang kekalahan yang boleh menjejaskan impian mereka.

Namun, dengan pemain yang dimiliki untuk musim ini, penyokong Kelantan FC mungkin sudah boleh menyambut kejayaan awal pasukan mereka bergelar juara Liga Perdana.

Turut bersetuju ialah Nasrul Haq yang merasakan bahawa ada beberapa pemain muda Kelantan FC yang boleh memberi ancaman kepada kelab musim depan.

298366652_7866194633450975_9215435325170294992_n

Kesebelasan utama Kelantan FC. — Facebook/TRW Kelantan FC

"Ada beberapa pemain yang jika diberi peluang, digilap (pemain muda) boleh dilihat bersinar di liga musim depan.

"Antaranya adalah pemain di bahagian sayap iaitu Twinkiller, Fazrul Amir dan Ikhwan Yazek," katanya.

Menurutnya, kedua-dua pemain ini mampu memberi ancaman kerana mereka mempunyai kesungguhan dan berpotensi besar jika diberi peluang secukupnya.

"Fazrul merupakan pemain yang cukup baik kerana sentiasa mempunyai keinginan untuk menggelecek lawan.

"Tetapi, dia harus memperkemaskan lagi hantaran tinggi ke bahagian tengah dan perlu selalu membuat rotation di bahagian sayap," katanya.

298294774_7866206806783091_975749248441664080_n

Felipe Hareda disifatkan pemain import yang berbaloi dimiliki Kelantan FC. — Facebook/TRW Kelantan FC

Jelasnya, Ikhwan pula disifatkan sebagai super sub yang baik cuma perlu memperkemaskan lagi kemampuan menggelecek bola dan kualiti hantaran.

Ujarnya, pemain itu juga boleh mula menyesuaikan diri untuk membuat cubaan jarak jauh ke pintu gol serta memotong benteng pertahanan lawan dari dalam.

"Selain itu, tiga lagi pemain yang mampu menyinar ialah Muhaimin Izuddin, pemain tengah yang bagus cuba memerlukan sokongan di bahagian luar mahupun tengah.

"Yusri Yuhasmadi juga nampak begitu kebal di bahagian pertahanan terutamanya bila bergandingan Khairul Helmi. Cuma pemain pertahanan itu perlu lebih peka setiap kali pihak lawan melakukan serangan mengejut.

"Felipe Hareda pula boleh dianggap sebagai pemain import yang berbaloi dimiliki Kelantan FC cuma dia perlu lebih menonjolkan corak permainan hantaran pendek," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram