Wanita terduduk disamun penjenayah Merc hitam, bukan '1st time' buat onar


  • Tular
  • Selasa, 16 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan dua orang wanita yang didakwa menjadi mangsa samun di TREC, KL pada awal pagi Selasa.

SEORANG wanita hanya mampu terduduk setelah dia dan rakannya didakwa menjadi mangsa samun seorang pemandu kereta mewah dalam kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi Selasa.

Menerusi video yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok brocasss_, kejadian tersebut dipercayai berlaku di depan sebuah pusat hiburan terkemuka di TREC, Kuala Lumpur.

"Tolong viralkan.

"Kawan saya kena samun tadi depan TREC, KL," tulisnya.

Dalam video tersebut menunjukkan dua orang wanita cuba mengejar kereta mewah Mercedes berwarna hitam itu yang dipandu laju suspek.

Mangsa juga dilihat menjerit meminta bantuan orang awam.

Video tular itu mendapat 417 000 tontonan setakat ini dan salah seorang warganet turut mendakwa mengalami nasib yang sama baru-baru ini.

"Aku kena hari Sabtu, memang kereta hitam yang buat kerja," kata Hanibiee.

Menurut imitátor, kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku dan melibatkan kenderaan hitam yang sama.

"Dah ada tiga kes dah, kereta yang sama buat kerja," katanya.

Belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

TREC, KL, Samun, Kereta Mewah, Mercedes