SEBUAH bandar di Scotland mencatatkan rekod apabila 84 pasangan kembar mendaftar bagi sesi persekolahan yang bermula pada Isnin.
Inverclyde pernah memiliki rekod bilangan kembar tertinggi di dalam bilik darjah apabila 19 pasangan kembar dalam satu kelas direkodkan memulakan persekolahan di kawasan itu pada 2015.
Salah sebuah sekolah, Sekolah Rendah Ardgowam, menyaksikan kehadiran 10 daripada 12 kembar pada hari pendaftaran.
Guru besar sekolah Ardgowam, Drew McKenzie turut berasa aneh dengan kehadiran ramai kembar di kawasan tersebut.
"Tiada siapa boleh jawab kenapa Inverclyde merupakan satu tempat 'hangat' untuk pasangan kembar. Kami dah ada reputasi sebagai 'Twinverclyde'.
"Sudah menjadi tradisi buat kami untuk meraikan kehadiran kembar bersama ibu bapa mereka. Setiap tahun, kita akan dapat rasa kemeriahannya.
"Saya suka melihat keterujaan mereka untuk memulakan sekolah. Mereka akan berbual dengan rakan-rakan dan menunjuk barang-barang baharu mereka.
"Kesemua staf sudah biasa dengan pasangan kembar. Oleh itu, tidak sukar bagi kami untuk membezakan mereka," katanya.
Dalam rekod sepuluh tahun, 130 pasangan kembar dilaporkan mendaftar di sekolah-sekolah yang berada di lingkungan tersebut.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram