SEORANG pensyarah yang mengajar di sebuah kampus universiti awam terkemuka di Johor Bahru, Johor didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya.
Mangsa menceritakan kembali memori hitam itu setelah setahun insiden itu berlaku melalui akaun TikTok fazzuinnn.
Dikenali dengan nama Farah, mangsa mendakwa dia tidak pernah menyangka pensyarah tersebut akan melakukan perkara tersebut.
Menurut mangsa, pensyarah lelaki itu pada mulanya meminta dia menjawab soalan untuk kajian penyelidikan yang dilakukannya.
Hasil pemerhatian Majoriti, semua soalan yang diajukan dalam kertas kejadian tersebut berbaur lucah dan melibatkan seks.
Antara soalan berbaur lucah yang diajukan adalah seperti tanda-tanda ghairah sebelum klimaks, menyuruh mangsa memberitahu tentang imaginasi mangsa ketika melakukan hubungan intim dan sebagainya.
Oleh kerana risau akan keselamatan dirinya, mangsa telah membuat laporan polis.
Dalam laporan tersebut, mangsa yang berumur 23 tahun mendakwa pensyarah itu menghubunginya melalui talian telefon.
Menurut mangsa, sepanjang perbualan di telefon, pensyarah itu sering kali bertanya soalan mengenai seks dan menggunakan perkataan berbaur lucah.
Lebih menjijikan lagi, pensyarah itu turut memberi bayangan yang dia sedang melakukan onani dan mengajak Farah untuk melakukan perbuatan itu bersama-sama.
Antara soalan berbaur lucah dan seks dalam kaji selidik yang diberikan pada mangsa.
Jelas Farah lagi dalam video tersebut, dia telah membuat dua laporan polis terhadap pensyarah tersebut.
Lelaki itu juga pernah datang ke rumahnya untuk meminta dan menarik balik laporan polis tersebut.
Malahan, pelajar terbabit juga telah memuat turun rakaman suara pensyarah tersebut memintanya menarik balik report itu.
Tangkap layar memaparkan rakaman video pensyarah terbabit yang diberikan pada mangsa.
Dalam rakaman suara tersebut pensyarah itu berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu.
"Farah saya berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut, saya berjanji atas nama ALLAH.
"Sedangkan Nabi ampunkan umat, ALLAH maha pengampun. Saya tidak menyimpan dendam pada Farah," katanya.
Farah juga mendakwa pensyarah tersebut masih mengajar di universiti sama dan tiada tindakan dikenakan terhadap lelaki itu.
Difahamkan pihak universiti juga telah memanggil kedua-dua pihak untuk menyelesaikan isu terbabit.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa dan universiti berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram